fbpx

Piawaian USB 3.2 Dengan Kemampuan 20Gbps Akan Mula Tular Tahun Ini

Piawaian USB 3.1 yang digunakan dalam kebanyakkan kabel USB-C anda pada hari ini bakal dikemas kini apabila versi 3.2-nya akan mula dikomersialkan selewat-lewatnya hujung tahun 2019. Hal ini disahkan oleh pihak penyeragaman USB yang membuka sebuah reruai di MWC 2019 di Barcelona.

Beberapa kelebihan yang bakal dinikmati anda adalah seperti kelebaran jalur yang lebih tinggi, sehingga 20Gbps. Untuk pengguna biasa seperti saya dan anda, kita bakal lihat produk-produk seperti konsol permainan yang mampu menyalurkan kandungan 4K berkadar bingkai tinggi hanya menggunakan seutas kabel USB-C hasil manfaat jalur yang luas itu.

Mereka juga turut memaklumkan yang semua ciri-ciri generasi terdahulu, USB 3.1, tetap kekal dalam versi yang akan datang ini. Jadi, tiada akan timbul isu backward compatibility dengan produk-produk legasi.

USB 3 telah diumumkan dalam tahun 2008. Generasi pertama memiliki kelebaran jalur pada 5 Gbps. Kelajuan 10 Gbps dicapai melalaui piawaian USB 3.1 dalam tauhn 2013.

[Sumber: AnandTech]

BACA  Selain jek audio, Galaxy Note 10 juga tidak ada slot memori