• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Telefon gaming Nubia Red Magic Mars sudah mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 05/03/2019
  • Komen
Telefon gaming Nubia Red Magic Mars sudah mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia merupakan jenama telefon pintar di bawah ZTE. Menuruti trend semasa, Nubia turut melancarkan telefon pintar gaming mereka, Red Magic Mars dan kini telah mula dijual di Malaysia.

Salah satu penjual yang kini menawarkannya ialah DirectD. Nubia Red Magic Mars dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, ditawarkan dalam dua variasi dengan harga seperti berikut:



  • RAM 6GB + Storan 64GB = RM1,499
  • RAM 8GB + Storan 128GB = RM1,899

DirectD turut menjual model sebelumnya, Nubia Red Magic dengan kuasa Snapdragon 835, RAM 8GB dan storan 128GB pada harga RM1,499. Kesemua unit Nubia Red Magic dan Red Magic Mars datang dengan jaminan setahun dari Nubia Malaysia.

Bagi memastikan prestasi tertinggi sepanjang bermain games, Red Magic Mars dilengkapi sistem penyejukan unik. Di dalam, ia menggunakan sistem penyejukan vapor dengan empat ruang pengeluaran haba di badan. Badannya pula diperbuat dari aloi besi yang direka untuk mengeluarkan haba lebih baik dari plastik atau kaca. Satu garisan LED RGB terdapat di belakang badan, memberi lebih efek untuk sebuah peranti gaming.



Skrin Red Magic Mars seluas 6-inci tidak bertakuk, dengan resolusi HD Penuh+. Kapasiti baterinya sebesar 3,800mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.

Bagi menambah fungsinya sebagai sebuah telefon gaming, Red Magic Mars memiliki butang khas kiri dan kanan tanpa perlu gamepad tambahan. Malah, ia juga disertakan butang gaming berwarna merah, yang mengoptimasikan prestasi dan menghalang notifikasi atau panggilan masuk dari mengganggu semasa bermain game.

Sistem bunyi stereo dengan teknologi bunyi sekeliling maya DTS 7.1 menjadikan Red Magic Mars telefon yang menarik untuk bermain game. Ia ditambah lagi dengan sistem getaran haptik seperti di konsol, untuk memberikan rasa bermain game yang lebih realistik. Jek audio 3.5mm disediakan untuk mereka yang lebih gemar sistem bunyi berwayar ke telinga.

Kamera agak kurang diberi perhatian, jadi Red Magic Mars dipasang satu lensa kamera belakang 16MP F1.79 serta satu lensa kamera hadapan 8MP F2.0. Pengimbas capjari fizikal juga terdapat di belakang telefon.

Kepada yang berminat dengan Nubia Red Magic Mars, boleh dapatkannya di mana-mana cawangan DirectD di seluruh Malaysia, atau tempahnya dalam talian di laman web DirectD.

Tags: NubiaRed Magic Mars
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming Nubia Red Magic Mars sudah mula dijual di Malaysia

Telefon gaming Nubia Red Magic Mars sudah mula dijual di Malaysia

5 March 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN