Ada Banyak Telefon Dengan Kamera 48MP Tahun Ini, Tapi Hanya Satu Yang Jujur

Belum sampai tiga bulan dalam tahun 2019, sudah banyak telefon yang diperkasa kamera 48MP hadir dalam pasaran dan saya jangkakan lebih banyak telefon sedemikian akan membanjiri pasaran sepanjang tahun ini. Tapi saya terpaksa meletakkan had pada keterujaan anda itu kerana 48MP itu bukanlah satu angka yang mutlak kerana ia berkemungkinan besar cumalah helah pengiklanan.

Samsung ISOCELL GM1 dengan keupayaan kamera 48MP

Sony IMX586 dengan keupayaan 48MP

Analoginya adalah seperti menyerbu pasar raya untuk mencari beras yang diiklankan dipotong harganya sebanyak 90% tapi hanya sekampit saja diperuntukkan untuk promosi itu. Secara teknikalnya, pasar raya itu tidak menipu tapi pastinya anda berasa kecewa, bukan?

Dalam kes kamera 48MP ini, ada dua pengeluar yang mengeluarkan sensor yang didakwa mampu menangkap gambar beresolusi setinggi itu tapi hanya satu saja yang betul-betul ada 48 juta piksel di atas permukaan sensor itu.

48MP sebenar vs 48MP palsu

Dua pengeluar sensor pengimejan yang aktif memasarkan sensor 48MP adalah masing-masing Samsung dan Sony dengan produk ISOCELL GM1 dan IMX586.

Sony terlebih dahulu mengumumkan IMX586 pada 23 Julai 2018 manakala Samsung melakukan pengumuman pada 30 Oktober 2018.

Bilangan effective pixels pada IMX586

Dalam kalangan dua sensor itu, hanya Sony memasarkan IMX586 dengan frasa “48MP effective pixel” yang bermaksud “48MP piksel wujud” sedangkan menurut sumber ini, ISOCELL GM1 ada 12MP piksel wujud.

Bilangan piksel pada ISOCELL GM1

Contoh ISOCELL GD1 yang ada effective pixels 32MP

Di Malaysia, satu-satunya telefon 48MP di sini adalah HONOR View20 yang menggunakan sensor Sony. Tapi tak lama lagi akan ada 2 lagi menyertai iaitu:

  • OPPO F11 Pro (IMX586)
  • Redmi Note 7 (ISOCELL GM1)
BACA  Kenapa Tun Dr Mahathir guna iPhone?

HONOR View20 dilapor menggunakan IMX586 dijual di Malaysia dengan harga bermula RM1,999

Redmi Note 7 yang dilaporkan berharga kurang dari RM1,000 tapi miliki kamera 48MP

Bagaimana Samsung tukar 12MP jadi 48MP?

Saiz 1 piksel di atas GM1 adalah berukuran 1.6 mikron, ia adalah baik untuk kamera telefon yang beroperasi dalam keadaan malam.

Asas Operasi ISOCELL GM1, piksel besar ke piksel kecil

Tapi dalam keadaan cukup pencahayaan, 1 piksel ini boleh dibelah menjadi 4 piksel dengan memanfaatkan teknologi ISOCELL Plus dan Tetracell teknologi. Daripada 12MP, kini GM1 ada 36MP piksel maya yang diwujudkan. Piksel maya ini mengambil data daripada piksel maya disekelilingnya untuk menentukan warna apakah yang jatuh di atasnya menggunakan kaedah interpolasi.

Adakah ini bermakna Sony IMX586 lemah dalam lowlight?

Saiz 1 piksel di atas IMX586 adalah berukuran 0.8 mikron, saiz yang kecil ini mengehadkan keupayaan kamera telefon dalam pencayahaan terhad.

Asas Operasi Sony IMX586, piksel kecil ke piksel besar

Tidak seperti GM1 yang melakukan pembelahan piksel dalam keadaan cerah, IMX586 melakurkan piksel (pixel binning) dalam pencahayaan malap untuk membentuk 1 piksel 1.6 mikron daripada 4 piksel 0.8 mikron.

Tapi IMX586 saya rasakan ada kelebihan berbanding GM1 kerana ia memampatkan data 48MP kedalam 12MP sedangkan GM1 mengembangkan 12MP kepada 48MP.

Kesimpulan

Samsung dan Sony miliki kaedah masing-masing untuk menghasilkan imej. Tapi satu kekurangan yang terbesar dalam IMX586 adalah mereka terpaksa mengorbankan fungsi dual pixel autofocus untuk sumbat piksel-piksel ini keatas sekeping silikon berukuran 8mm pepenjuru. GM1 juga tiada fungsi dual pixel autofocus menurut helaian spesifikasi teknikal sensor ini. Maka, kedua-duanya menggunakan sistem autofokus PDAF tradisional.

Dari kaca mata pengguna, hasil akhir yang ingin mereka lihat sudah tentunya harga. Kalau perbezaan yang amat ketara antara dua telefon yang menggunakan sensor-sensor ini, sudah tentu pengguna akan lebih berhati-hati dalam pemilihan. Tapi, adakah anda rasa anda mampu membezakan kualiti imej yang diambil dari kedua-dua sensor kamera?

BACA  Samsung Sedang Bangunkan Kamera Zum 5x Optikal Untuk Bersaing Dengan Sony

[Sumber: MIUISamsung, Sony, Android Authority]