• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO mahu lancar barisan telefon serba baru digelar Reno

  • OLEH Najib
  • 7:43 pm
  • 11/03/2019
  • Komen
OPPO mahu lancar barisan telefon serba baru digelar Reno
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO akan melancarkan telefon baru dengan kamera hadapan tersembunyi, OPPO F11 Pro di Malaysia tidak lama lagi. Tetapi sebelum itu, mereka seperti mahu memperkenalkan sesuatu yang baru. Berbeza daripada yang biasa.

Sebelum ini kita telah melihat siri A, F, R dan Find dalam barisan telefon pintar OPPO. Reno dilihat sebagai barisan terbaru menyertai telefon pintar keluaran OPPO.



Menurut laman rasmi OPPO di Weibo, Reno bukanlah sub-jenama seperti Realme. Sebaliknya ia adalah barisan produk baru OPPO.

Bersama itu, OPPO turut berkongsi beberapa gambar artistik berkenaan Reno. Ia terlalu artistik sehingga sukar untuk kami menterjemahkan sebarang maklumat tentangnya.



Satu perkara yang menarik, logo Reno sangat menyerupai logo Lenovo. Terutama sekali pada huruf ‘e’ yang senget. Tetapi kami masih tidak menemui sebarang kaitan antara keduanya.

Dalam post di Weibo, OPPO turut menyatakan akan mengadakan majlis pelancaran Reno di China, pada 10 April 2019. Tiada sebarang maklumat dikongsikan dan sukar diterjemahkan gambar yang dipaparkan, membuatkan kami tidak dapat memastikan hala tuju Reno.

Semasa pameran MWC 2019 bulan lepas, OPPO memperkenalkan teknologi tiga kamera bersama kamera periskop. Ia memiliki kuasa zum lossless 10x dan dinyatakan akan muncul dalam telefon pintar OPPO pada suku kedua tahun 2019.

Adakah Reno merupakan barisan baru OPPO untuk telefon pintar dengan kuasa zum lossless 10x ini? Mungkinkah OPPO mahu menyaingi Huawei lebih cepat, memandangkan Huawei akan melancarkan siri P30 hujung bulan ini, dikatakan memiliki teknologi zum lossless yang tinggi juga.

Kita tunggu dan lihat pelancaran OPPO Reno pada bulan April nanti.

[Sumber: SoyaCincau, Weibo]

Tags: oppoReno
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
OPPO mahu lancar barisan telefon serba baru digelar Reno

OPPO mahu lancar barisan telefon serba baru digelar Reno

11 Mac 2019
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER