• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Microsoft Pamer Keupayaan Project xCloud Bermain Game AAA Di Telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:21 pm
  • 13/03/2019
  • Komen
Microsoft Pamer Keupayaan Project xCloud Bermain Game AAA Di Telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Oktober 2018 yang lalu, Microsoft di E3 mengumumkan mereka sedang membangunkan Project xCloud. Ia adalah servis menstrimkan game terus ke telefon anda, sama seperti Project Stream Google yang kami laporkan tempoh hari. Tapi semalam, Microsoft dalam satu temu bual mempamerkan secara masa nyata keupayaan Project xCloud untuk tontonan umum. Nampaknya, Microsoft ingin memastikan mereka berada di depan berbanding Google dalam lapangan ini.

Project xCloud dibangunkan bukanlah untuk menggantikan konsol, sebaliknya memberikan keversatilan kepada anda untuk bermain games di mana jua. Secara asasnya, telefon anda berfungsi sebagai paparan dan segala pengkomputeran berat dilakukan di pusat pelayan milik Microsoft.



Dalam demo yang ditujukkan, sebuah telefon dihubungkan kepada pad kawalan Xbox One melalui sambungan Bluetooth untuk mainkan siri Forza. Walaupun grafiknya menawan, tapi sela masa antara input pewawancara dengan gerak balas permainan itu agak ketara.

Google Project Stream miliki objektif yang serupa seperti xCloud Gaming

Beberapa isu utama yang perlu diatasi sebarang servis penstriman game adalah sela masa yang diambil antara input pemain dengan gerak balas game itu. Apabila anda menekan butang di papan kekunci, input itu akan pergi ke pelayan yang terletak entah di mana dan kemudian gerak balas akan hadir ke anda.



Itu belum mengambil kira sela masa sambungan Bluetooth antara pad kawalan dengan telefon dan kadar segar semula paparan.

[Sumber: Microsoft]

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Microsoft Pamer Keupayaan Project xCloud Bermain Game AAA Di Telefon

Microsoft Pamer Keupayaan Project xCloud Bermain Game AAA Di Telefon

13 March 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN