• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada tiga Galaxy A baru akan dilancar bulan April?

  • OLEH Najib
  • 7:44 pm
  • 20/03/2019
  • Komen
Ada tiga Galaxy A baru akan dilancar bulan April?
Share on FacebookShare on Twitter

Gelombang pelancaran telefon pintar Samsung nampaknya masih bergerak deras. Dari Galaxy S10 di Amerika Syarikat, diikuti Galaxy A30 dan Galaxy A50 di Barcelona, kini mereka mahu mengadakan satu lagi majlis pelancaran Unpacked peringkat antarabangsa.

Acara The Galaxy A Event akan diadakan pada 10 April 2019, di tiga lokasi iaitu Bangkok, Milan dan Sao Paulo. Tahun lepas, acara Galaxy A Unpacked telah diadakan di Kuala Lumpur di mana Samsung melancarkan Galaxy A7 dan Galaxy A9. Seperti biasa, acara ini boleh ditonton secara langsung di laman web Samsung.



Apakah yang akan dilancarkan Samsung pada 10 April nanti? Dari gambar yang dikongsikan, kelihatan seperti terdapat tiga telefon pintar di dalamnya.

Samsung Galaxy A40

Satu maklumat tentang peranti baru Samsung telah didedahkan oleh Roland Quandt. Menurut beliau, ia adalah Galaxy A40 yang memiliki skrin lebih kecil dari Galaxy A30, walaupun nombor modelnya lebih besar.



Roland turut berkongsi helaian spesifikasi penuh berkenaan Galaxy A40. Ia menyatakan telefon ini dikuasakan cip Exynos 7904, RAM 4GB dan storan 64GB, sama seperti Galaxy A30. Kamera pula dwi lensa di belakang, 16MP F1.7 dan 5MP F2.2. Manakala kamera hadapan 25MP F2.0.

Skrinnya berukuran 5.9-inci dari Super AMOLED dengan takuk kecil dan resolusi HD Penuh+. Dengan badan kecil, baterinya juga mengecil kepada 3,100mAh tetapi menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. NFC turut kelihatan pada senarai spesifikasi.

Samsung Galaxy A90

Satu lagi telefon yang dijangka akan dilancarkan nanti ialah Galaxy A90. Ia dikatakan akan datang dengan kamera boleh sembunyi. Jika benar, ini ialah langkah terbaru dari Samsung selepas memperkenalkan Infinity Display dengan pelbagai takuk di skrin. Maklumat tentang Galaxy A90 ditemui di laman web Samsung Amerika Syarikat.

Berdasarkan langkah yang diambil menerusi pengenalan Galaxy M dan Galaxy A yang baru, Samsung dilihat sangat agresif tahun ini untuk memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan dengan harga yang lebih mampu dimiliki.

Selain mengekalkan ciri-ciri seperti bateri besar, skrin Super AMOLED dan pengecas pantas USB-C, diharapkan Samsung dapat menambah fungsi lebih baik seperti kalis air dan debu IP68 dan sokongan Samsung Pay.

Tags: Galaxy AGalaxy A40Galaxy A90samsung
Najib

Najib

POPULAR

Ada tiga Galaxy A baru akan dilancar bulan April?

Ada tiga Galaxy A baru akan dilancar bulan April?

20 March 2019
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN