Jaminan sehingga 30 bulan untuk Redmi Note 7 hanya di Lazada

Redmi Note 7 akan mula dijual di Malaysia pada 27 Mac 2019. Terdapat 3 jenis yang akan dijual dengan RAM dan storan dalaman berbeza. Tetapi Lazada akan menjadi penjual eksklusif untuk jenis termurah pada hari pertama jualannya.

Redmi Note 7 dengan RAM 3GB dan storan 32GB yang berharga RM679 hanya boleh dibeli di stor Rasmi Xiaomi di Lazada pada 27 Mac. Manakala bagi RAM 4GB dengan dua jenis storan iaitu 64GB berharga RM799 dan storan 128GB berharga RM949, boleh dibeli di semua pengedar sah Xiaomi dalam dan luar talian bermula 27 Mac 2019.

Sempena ulangtahunnya, Lazada akan memberikan Lazada Care Plus secara percuma untuk pembelian Redmi Note 7 (3GB/32GB) di stor Rasmi Xiaomi di Lazada pada 27 Mac. Lazada Care Plus memberikan jaminan tambahan serta perlindungan dari kecelakaan seperti skrin retak atau kerosakan akibat cecair.

Redmi Note 7 sendiri datang dengan jaminan selama 18-bulan. Berbeza dari kebiasaan yang memberikan jaminan selama 12-bulan sahaja. Dengan jaminan tambahan Lazada Care Plus, ia melanjutkan jaminan biasa Redmi Note 7 dari 18-bulan kepada 30 bulan (2 tahun 6 bulan).

Dalam satu berita lain, Pengurus Besar Xiaomi Malaysia, Allen An baru mengesahkan bahawa Redmi Note 7 Pro dengan kuasa Snapdragon 675 dan kamera 48MP Sony IMX586 tidak akan tiba di Malaysia. Ia adalah keluaran eksklusif untuk pasaran India dan China sahaja.

Redmi Note 7 di Malaysia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 660, RAM 3GB atau 4GB serta storan antara 32Gb, 64GB dan 128GB. Skrinnya bertakuk kecil titisan air dengan keluasan 6.3-inci serta resolusi HD Penuh+.

Ia memiliki dwi-kamera belakang 48MP+5MP dan kamera hadapan 13MP. Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan dicas melalui port USB-C dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4, tetapi pengecas dijual berasingan.

BACA  Mi 9 berkuasa Snapdragon 855 tiba di Malaysia dengan harga kekal terendah

Kenalinya dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini.