• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 7 Pro tidak akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:19 am
  • 25/03/2019
  • Komen
Redmi Note 7 Pro tidak akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi Note 7 akan mula dijual di Malaysia pada 27 Mac 2019. Ketibaannya disambut dengan sentimen yang bercampur baur, ada yang suka dan ada yang masih terus berharap. Ini kerana versi Pro masih tiada khabar berita kedatangannya di Malaysia.

Tetapi perkara ini akhirnya telah disahkan. Pengurus Besar Xiaomi Malaysia, Allen An mengumumkan menerusi media sosial bahawa Redmi Note 7 Pro tidak akan datang ke Malaysia, secara rasmi.



Terjemahan Facebook:
Dukacitanya dimaklumkan SET RASMI Redmi Note 7 Pro TIDAK AKAN MASUK MALAYSIA. Ia hanya terdapat di China dan India, kerana rekaan, perisian dan penghasilan produk kedua-dua negara ini berbeza dari yang lain. Tetapi saya percaya, RM799 untuk Redmi Note 7 adalah yang termurah dengan kamera 48MP di pasaran sekarang. Ia mula dijual pada 27 Mac ini, jangan lupa untuk membelinya.

Menurut beliau, Redmi Note 7 Pro hanya dijual di India dan China kerana ia  rekaan, perisian dan penghasilannya berbeza dari versi antarabangsa. Tetapi beliau meyakinkan pengguna bahawa Redmi Note 7 adalah telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia.

Sedikit sebanyak, berita ini agak mengecewakan ramai peminat di Malaysia kerana Redmi Note 7 Pro adalah lebih berkuasa dari versi biasa. Versi Pro dikuasakan pemproses lebih hebat, Snapdragon 675 dan juga menggunakan sensor kamera Sony IMX586 48MP, khabarnya sensor yang lebih baik dari Samsung GM1 48MP.



Nampaknya peminat Xiaomi di Malaysia terpaksa berpuas hati dengan Redmi Note 7 yang memiliki pemproses Snapdragon 660 dan kamera 48MP yang menggunakan sensor Samsung GM1. Malah, versi terbaik di Malaysia hanya diberikan RAM 4GB dan storan 128GB, bukan RAM 6GB seperti yang terdapat di China.

Jika mahu juga memiliki Redmi Note 7 Pro, kena tunggu dan berdoa ada set import China atau India dibawa masuk ke Malaysia. Tetapi antaramuka MIUI-nya pasti jauh berbeza dari versi antarabangsa.

Adakah anda akan mendapatkan set rasmi Redmi Note 7 di Malaysia? Kenalinya dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini.

Tags: redmi note 7Redmi Note 7 Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Note 7 Pro tidak akan datang ke Malaysia

Redmi Note 7 Pro tidak akan datang ke Malaysia

25 March 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER