• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi paksaan masuk WhatsApp Group, perlu minta izin dulu

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 05/04/2019
  • Komen
Tiada lagi paksaan masuk WhatsApp Group, perlu minta izin dulu
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda tiba-tiba dimasukkan ke dalam group WhatsApp yang anda tidak mahu langsung sertai? Paling teruk, ia sebenarnya mahu menghantar mesej SPAM seperti pinjaman peribadi, kad kredit, menjual barang, dan lain-lain.

WhatsApp baru-baru ini mengumumkan satu tetapan privasi dan jemputan yang baru untuk memberi pengguna pilihan samada menyertai borak berkumpulan secara automatik atau perlu meminta izin dahulu.



Untuk mengaktifkan tetapan ini, pergi ke Settings di dalam aplikasi, kemudian ke Account > Privacy > Groups. Kemudian pilih salah satu dari tiga pilihan antara “Nobody“, “My Contacts“, atau “Everyone“.

Jika anda memilih “Nobody“, bermakna anda diberi pilihan untuk membenarkan kemasukan ke dalam Group. Manakala “My Contacts” pula membenarkan rakan dari buku kenalan sahaja yang boleh memasukkan anda ke dalam Group secara automatik.



Kalau anda mahu menjemput orang lain dan bertemu mereka yang membuat tetapan “Nobody“, anda perlu menghantar jemputan menerusi chat peribadi. Anda mempunyai masa selama tiga hari untuk menerima jemputan tersebut. Jika tidak, jemputan tersebut akan luput.

Tetapan baru ini akan menemui pengguna WhatsApp secara berperingkat bermula hari ini. Ia akan disebarkan ke seluruh dunia dalam minggu akan datang. Pengguna perlu memuat turun versi WhatsApp terkini untuk mendapat tetapan baru ini.

WhatsApp sering disalahkan kerana penghantaran mesej palsu dengan mudah. Awal tahun ini, WhatsApp mengehadkan penghantaran mesej kepada lima kali sahaja, berbanding 20 kali sebelum ini. WhatsApp juga menandakan mesej yang di-forward-kan dari orang lain dengan perkataan “forwarded” di kepada mesej. Langkah-langkah baru yang diperkenal ini adalah cara WhatsApp untuk memerangi penyebaran berita palsu menerusi platform mereka.

[Sumber: WhatsApp, Gadgets360]

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Tiada lagi paksaan masuk WhatsApp Group, perlu minta izin dulu

Tiada lagi paksaan masuk WhatsApp Group, perlu minta izin dulu

5 April 2019
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER