• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20i sebuah telefon misteri yang akan dibongkar minggu depan

  • OLEH Najib
  • 3:51 pm
  • 11/04/2019
  • Komen
Honor 20i sebuah telefon misteri yang akan dibongkar minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum telefon tiga kamera Honor 10i dilancarkan di Malaysia, nampaknya Honor mahu melancarkan satu lagi model telefon pintar yang berbeza di Beijing, China. Dalam muat naik status di Weibo, satu video petunjuk memperlihatkan tarikh pelancaran Honor 20i yang jatuh pada 17 April 2019.

Video tersebut menunjukkan rupa sebuah telefon pintar dengan takuk kecil di dahi skrin. Di penghujung video, ia memperkatakan tentang kamera swafoto 32MP berkuasa AI. Satu lagi petunjuk yang boleh diambil kira ialah warna telefon tersebut seakan gradien Twilight.



Tidak ada maklumat lain tentang telefon ini dikongsikan. Tetapi beberapa khabar angin mengatakan ia mungkin menyerupai Honor 10i. Malah, tidak mustahil jika ia adalah model yang sama dengan Honor 10i menggunakan nama lain, memandangkan Honor 10i masih belum dilancarkan di China.

Jika benar, ia pasti dikuasakan cip Kirin 710 yang banyak digunakan di telefon pintar kelas pertengahan untuk Huawei dan Honor.



Untuk rujukan semula Honor 10i telah ditemui di Rusia, menampilkan skrin 6.21-inci HD Penuh+. ia dikuasakan cip Kirin 710 bersama RAM 4GB dan storan 128GB. Kamera belakangnya tiga lensa iaitu lensa utama 24MP F1.8, lensa ultra lebar 8MP F2.4 dan lensa 2MP F2.4 pengesan kedalaman. Kenali Honor 10i lebih lanjut di sini.

Satu lagi petunjuk yang boleh diambil dari video ini ialah, Honor 20. Ia adalah telefon pintar kelas flagship yang masih belum dilancarkan oleh Honor, seharusnya menggantikan kedudukan Honor 10 tahun lepas. Dengan melancarkan Honor 20i, bermakna Honor sudah hampir bersedia untuk melancarkan Honor 20, dikatakan akan membawakan kuasa seakan Huawei P30.

Tags: honorHonor 20i
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20i sebuah telefon misteri yang akan dibongkar minggu depan

Honor 20i sebuah telefon misteri yang akan dibongkar minggu depan

11 April 2019
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN