fbpx

Oppo Reno muncul dengan kamera sirip jerung dan kuasa 10x zum lossless

Selepas lama berteka-teki, akhirnya Oppo melancarkan siri terbaru mereka, Reno di China. Ia datang dalam dua model, satu kelas flagship dan satu lagi kelas pertengahan. Persamaan dan keunikan telefon ini ialah, kamera sirip ikan jerung.

Oppo Reno

Reno kelas pertengahan memiliki skrin AMOLED 6.4-inci dengan resolusi HD Penuh+. Skrin ini tidak memiliki takuk di atas, serta tidak kelihatan kamera hadapan. Ia turut menjadi ruang untuk pengimbas capjari di dalam skrin.

Kamera hadapan langsung tidak kelihatan kerana ia menggunakan modul kamera yang boleh disembunyikan, tetapi kali ini dalam bentuk sirip ikan. Modul kamera ini menjadi perumah untuk kamera hadapan 16MP F2.0. Oppo nampaknya cuba membuat sesuatu yang berbeza melalui kamera sirip ini.

Kamera belakang pula, ia datang dalam dua lensa menggabungkan kamera utama 48MP F1.7 dan kamera kedua pengesan kedalaman 5MP F2.4. Bateri pula sebesar 3,765mAh dan kali ini datang dengan pengecasan pantas baru, VOOC 3.0 yang lebih berkuasa.

Telefon ini tergolong dalam kelas pertengahan kerana ia dikuasakan cip Snapdragon 710 dengan pilihan RAM LPDDR4x sehingga 8GB dan storan dalaman UFS2.1 sehingga 256GB.

Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie dengan antaramuka ColorOS 6.0. Satu perkara yang boleh diberi perhatian ialah ia masih memiliki jek audio 3.5mm.

Oppo Reno 10x Edition

Satu lagi model kelas flagship diberi nama Oppo Reno 10x Zoom Edition. Secara kasar, rekabentuknya nampak sama tetapi ia memiliki saiz lebih besar dengan prestasi lebih tingi.

Tarikan utamanya sudah pasti teknologi kamera dengan kuasa 10x zum lossless, sama seperti yang terdapat di Huawei P30 Pro. Telefon ini dilengkapi tiga kamera belakang. Kamera utamanya 48MP F1.7, kamera kedua ultra lebar 8MP dan kamera ketiga telefoto periskop 13MP F3.0. Kamera utama dan telefoto turut dilengkapi penstabil imej optikal (OIS).

BACA  Ciri keselamatan baru Instagram pasti melegakan pengguna yang sering digodam

Kamera hadapan turut menggunakan modul sirip jerung yang boleh disembunyikan. Ia adalah sensor yang sama dengan model kelas pertengahan tadi iaitu 16MP F2.0.

Skrin Reno 10X Zoom Edition lebih besar, berukuran 6.6-inci juga dari jenis AMOLED dan resolusi HD Penuh+. Bateri juga lebih besar, 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui USB-C.

Kuasa kelas flagshipnya digerakkan oleh pemproses Snapdragon 855,
RAM LPDDR4x sehingga 8GB dan storan dalaman UFS2.1 sehingga 256GB. Pengimbas capjari pula terletak di dalam skrin.

Di China, Oppo Reno ditawarkan dengan empat warna manakala Oppo Reno 10x dalam dua warna. Ia akan dijual dengan harga berikut:

Oppo Reno
RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,999 (~RM1,838)
RAM 6GB + storan 256GB – RMB3,299 (~RM2,022)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB3,599 (~RM2,206)

Oppo Reno 10X zoom
RAM 6GB + storan 128GB – RMB3,999 (~RM2,452)
RAM 6GB + storan 256GB – RMB4,499 (~RM2,578)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB4,799 (~RM2,942)

Walaupun masih tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia, Oppo Reno telah lulus pengiktirafan SIRIM. Bermakna, ia sedia untuk dijual dan digunakan di Malaysia. Pasti tarikh pelancarannya tidak lama lagi.