• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Reno, telefon baru OPPO ditemui di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 12/03/2019
  • Komen
Reno, telefon baru OPPO ditemui di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO baru sahaja memaklumkan Reno, sebagai model baru telefon pintar mereka dan akan dilancarkan pada 10 April 2019. OPPO masih belum berkongsi sebarang maklumat berkenaan Reno melainkan beberapa gambar artistik logo Reno. Tetapi, Reno telah ditemui di Malaysia.

Rupa-rupanya, SIRIM telah membeli kelulusan kepada telefon pintar OPPO Reno untuk digunakan di Malaysia. Kelulusan ini telah diberikan pada 6 Mac 2019, untuk model CPH1917. Tetapi di mana nama Reno?



Kaitan CPH1917 dan Reno ditemui di laman IMDA Singapura. Ia adalah badan yang memiliki tugasan yang hampir sama dengan SIRIM. OPPO telah mendaftarkan telefon pintar dengan model CPH1917, bersama nama pasarannya Reno.

Jadi, kita memiliki beberapa maklumat berkenaan Reno di SIRIM. Antaranya ialah sokongan Wifi 802.11ac 2.4GHz & 5GHz, Bluetooth, NFC dan dua sim. IMDA pula hanya menyenaraikan fungsi seperti WCDMA, LTE, WiFi, Bluetooth dan GPS.



Disebabkan tiada kenyataan rasmi berkenaan spesifikasi Reno dari OPPO, ramai yang menyangka ia akan datang dengan teknologi kamera 10x lossless zum, yang diperkenalkan semasa MWC 2019. Tetapi jangkaan itu meleset.

Ini berikutan satu lagi penemuan dari pengiktirafan laman Bluetooth. Carian model CPH1917 membawa kepada senarai lebih lengkap mengenai spesifikasi OPPO Reno.

Dari senarai itu, ia menyatakan OPPO Reno dikuasakan cip Snapdragon 710, memiliki skrin 6.4-inci HD Penuh+, dengan dwi-lensa kamera belakang 48MP+5MP dan kamera hadapan 16MP. Ia juga dipasang dengan Bluetooth v5.0. Sistem operasinya menjalankan antaramuka ColorOS v6.0.

Di sini kita boleh menyimpulkan, OPPO Reno ialah telefon pintar kelas pertengahan, yang disasarkan kepada pihak belia remaja memandangkan gambar artistik berwarna-warni yang dikongsi OPPO di weibo. Ini ialah pandangan kami.

Bagaimanapun, ia bukanlah kenyataan akhir dan mungkin terdapat kejutan apabila dilancarkan pada 10 April nanti. Cuma, tidak kelihatan ia akan memiliki kamera berkuasa 10x lossless zum.

Mengapakah OPPO mahu memperkenalkan barisan baru Reno, sedangkan mereka telah sedia ada barisan siri A, F, R dan Find yang boleh memenuhi pelbagai lapisan masyarakat? Mungkin ada perkara baru yang ingin diketengahkan oleh OPPO.

Untuk itu, kita tunggu majlis pelancarannya bulan depan. Satu lagi perkara yang boleh disimpulkan, Reno mungkin akan hadir ke Malaysia segera selepas pelancaran di China.

[Sumber: MySmartPrice]

Tags: oppoReno
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Reno, telefon baru OPPO ditemui di Malaysia

Reno, telefon baru OPPO ditemui di Malaysia

12 Mac 2019
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER