Dapatkan Kembali Saluran RTM HD Yang Hilang Di MYTV Dengan Cara Ini

MYTV adalah inisiatif kerajaan Malaysia dalam menambah baik landskap penyiaran tanah air dengan cara mengubah penyaiaran secara analog kepada digital. Kini, pengguna boleh menikmati 21 saluran pelbagai genre serta radio FM secara percuma dengan peralatan tertentu.

Tapi, jika anda perasan, saluran RTM HD sudah hilang daripada MYTV awal bulan ini. Hal ini kerana, bersempena dengan ulang tahun RTM ke-73, mereka telah mengubah frekuensi penyiaran dan ada memaklumkan di platform sosial mereka agar carian semula dilakukan.

Biasanya, carian secara automatik adalah yang paling mudah.

Walau bagaimanapun, mungkin anda berada dalam kawasan yang isyaratnya lemah dan anda perlu lakukannya secara manual.

Cara Menala Siaran MYTV Secara Manual

Artikel ini beranggapan anda sudahpun memiliki peralatan yang lengkap untuk menonton siaran MYTV, jika tidak, anda boleh rujuk tutorial ini.

Bahagian tetapan peralatan set-top box MYTV anda mungkin berbeza daripada segi antara muka, tapi asasnya tetap sama.

Yang pertama adalah anda pergi ke setting, cari tetapan TV digital. Dalam tetapan itu sepatutnya akan ada pilihan untuk Manual Tuning dan cari pilihan untuk menala Digital TV dan bukannya Analog.

Untuk yang tinggal di Lembah Klang, anda boleh menggunakan tetapan ini.

  • RTM HD | Channel 49 | Frequency 698000 KHz | Bandwidth 8 Mhz
  • Saluran lain | Channel 45 | Frequency 666000 Khz | Bandwidth 8 Mhz

Lakukan carian dan anda septautnya akan dapat menonton semua siaran digital percuma yang ada di Malaysia. Tapi, frekuensi yang saya nyatakan di atas cumalah untuk pengguna di Lembah Klang. Penonton yang berada di kawasan lain boleh rujuk senarai frekuensi di bawah ini.

BACA  Supermoon Terakhir 2019: Ini Adalah Cara Untuk Rakam Gunakan Telefon Anda
PemancarMUX 1MUX 2MUX 3
Menara KL
(Kuala Lumpur)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 47
(682 Mhz)
Gunung Ulu Kali
(Genting Highland)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 47
(682 Mhz)
Bukit Sungai Besar
(Kuala Lumpur)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 47
(682 Mhz)
Bukit Selindung
(Kuantan)
UHF 46
(674 Mhz)
UHF 44
(658 Mhz)
UHF 47
(682 Mhz)
Bukit Bakar
(Machang)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 43
(650 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Telipot
(Kota Bharu)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 43
(650 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Bukit Karatong
(Kota Kinabalu)
UHF 36
(594 Mhz)
UHF 42
(642 Mhz)
UHF 48
(690 Mhz)
Bukit Trig
(Sandakan)
UHF 47
(682 Mhz)
UHF 43
(650 Mhz)
UHF 45
(666 Mhz)
Gunung Andrassy
(Tawau)
UHF 47
(682 Mhz)
UHF 43
(650 Mhz)
UHF 45
(666 Mhz)
Bukit Besar
(K. Terengganu)
UHF 46
(674 Mhz)
UHF 44
(658 Mhz)
UHF 26
(514 Mhz)
Bukit Bauk
(Dungun)
UHF 30
(546 Mhz)
UHF 52
(722 Mhz)
UHF 40
(626 Mhz)
Gunung Kelerdang
(Ipoh)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Gunung Serapi
(Kucing)
UHF 47
(682 Mhz)
UHF 43
(650 Mhz)
UHF 45
(666 Mhz)
Gunung Jerai
(Gurun)
UHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Pulau Pinang U4UHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Seberang JayaUHF 45
(666 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Pelangi
(Johor)
UHF 47
(682 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Skudai
(Johor)
UHF 47
(682 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Gunung Pulai
(Pulai)
UHF 47
(682 Mhz)
UHF 49
(698 Mhz)
UHF 51
(714 Mhz)
Bukit TampinUHF 30
(546 Mhz)
Gunung Ledang
(Segamat)
UHF 30
(546 Mhz)
UHF 52
(722 Mhz)
UHF XX
(738 Mhz)
BACA  [Reviu] Canon PV-123 Pencetak Gambar Segera Untuk Segala Kerja Seni Anda