• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F11 bukan Pro mula dijual eksklusif di Shopee

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 17/04/2019
  • Komen
OPPO F11 bukan Pro mula dijual eksklusif di Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo F11 Pro baru sahaja dilancarkan di Malaysia hujung bulan lepas. Ia menampilkan dua kamera belakang bersama kamera hadapan yang boleh disembunyikan, memberikan skrin hadapannya luas tidak bertakuk. Kini, versi bukan Pro-nya telah mula dijual di Malaysia dengan beberapa perbezaan.

Shopee telah menjadi penjual eksklusif untuk penjualan awal Oppo F11. Harganya juga RM300 lebih murah dari F11 Pro sewaktu dilancarkan. Orang ramai boleh membeli Oppo F11 pada harga RM1,099 sahaja di Shopee.



Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu Thunder Black atau Aurora Green. Shopee turut menyediakan hadiah percuma untuk pembelian Oppo F11 berupa pelindung skrin dan casing.

Dari segi spesifikasi, terdapat satu kelebihan besar di Oppo F11 berbanding F11 Pro iaitu storan. Kedua-dua peranti ini dikuasakan cip Mediatek Helio P70. Tetapi F11 Pro disertakan RAM 6GB dan storan 64GB manakala Oppo F11 pula memiliki RAM 4GB dan storan lebih besar 128GB.



Kekurangan paling ketara pada Oppo F11 ialah skrin bertakuk. Tiada kamera depan yang tersembunyi sebaliknya kamera depan 16MP terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Skrin ini berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh+. Kamera belakang pula dua lensa, iaitu 48MP dan 5MP.

Baterinya sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC melalui port mikroUSB. F11 menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie dengan antaramuka ColorOS 6.0.

Dalam lingkungan harga ini, Oppo F11 bersaing rapat dengan peranti seperti Samsung Galaxy A50 dan juga Huawei Nova 4e. Jika mahu membeli Oppo F11, boleh dapatkannya sekarang di Stor Oppo di Shopee.

Tags: oppooppo f11Shopee
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
OPPO F11 bukan Pro mula dijual eksklusif di Shopee

OPPO F11 bukan Pro mula dijual eksklusif di Shopee

17 April 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN