fbpx

Unifi Mobile perkenal pelan baru pascabayar Biz serendah RM39

Khas untuk kegunaan syarikat dan perniagaan, Unifi nampaknya telah mula menawarkan pelan Pascabyar Unifi Mobile Biz. Ia amat serupa dengan pelan pascabayar Unifi Mobile untuk pengguna biasa.

Cuma, pelan terendah Unifi Mobile Biz ialah RM39/bulan, berbanding pelan untuk pengguna dari serendah RM19/bulan. Pelan Unifi Mobile Biz dibahagikan kepada dua jenis, pelan Quota dan pelan Non-Stop.

Terdapat dua jenis pelan Quota, iaitu pelan RM39/bulan dan RM59/bulan. Pelan RM39 memberi pengguna data sebanyak 5GB, yan dipecahkan kepada 4GB untuk 4G sahaja dan 1GB untuk 3G/4G. Ia turut datang dengan 50 minit panggilan dan 25 SMS.

Manakala pelan RM59, pengguna akan menerima 10GB data dalam pecahan 9GB 4G dan 1GB 3G/4G. Kuota panggilan pula sebanyak 100 minit bersama 25 SMS.

Bagi pelan Non-Stop pula, ia sebenarnya ialah pelan semua tanpa had. Tetapi terdapat dua harga pelan, bergantung kepada berapa banyak talian yang dilanggan. Jika melanggan 4 talian atau kurang, pelan Non-Stop dikenakan caj RM99/bulan bagi setiap talian.

Tetapi jika melanggan 5 talian atau lebih, harga pelan turun kepada RM79/bulan bagi setiap talian.

Jika kuota data, panggilan atau SMS tidak mencukupi bagi pelan Quota, add-on boleh dibeli untuk menambahnya.

Semua pelan ini boleh digunakan sebagai hotspot, tetapi dengan kuota terhad 10GB di rangkaian 4G sahaja. Dengan pelan Quota, ia terhad mengikut kuota 4G. Jika mahu lebih banyak data hotspot, ia boleh dibeli pada kadar RM8 untuk 500MB dan RM15 untuk 1GB.

Sebenarnya, tidak ada perbezaan antara pelan pengguna dan Biz. Boleh kata hampir semua sama, kecuali pelan Non-Stop yang lebih murah jika melanggan lebih banyak talian.

BACA  Agen Smith mungkin dah ceroboh WhatsApp anda, ini cara untuk mengesannya

Pelan Biz ini lebih kepada perniagaan, yang mahu mendaftar talian atas nama syarikat atau perniagaan. Tiada had berapa banyak talian yang ingin dilanggan. Tetapi pendaftaran hanya boleh dibuat menerusi cawangan TM Point di selruuh negara.

Untuk maklumat lanjut, baca Soalan Lazim di sini dan layari laman web Unifi Mobile Biz.