fbpx

170 Ribu Realme 3 Pro Lesap Dalam Masa 8 Minit Saja

Realme 3 Pro adalah produk terbaru yang dilancarkan subjenama OPPO di India pada 22 April yang lalu. Jualan hari pertamanya adalah pada 29 April, seminggu kemudian. Hebatnya hype produk ini terbukti apabila lebih 170,000 unit berjaya ditempah sejurus tempahannya dibuka.

Di India, harga sebuah Realme 3 Pro adalah seperti berikut:

RAM 4GB + storan 64GB – INR13,999 (~RM831)
RAM 6GB + storan 128GB – INR16,999 (~RM1,011)

Daripada rupa luaran telefon ini, ia nampak seperti telefon midrange yang biasa. Di pasaran Malaysia, versi bukan Pro, Realme 3 sudahpun dijual sejak penghujung Mac 2019 yang lalu.

Bezanya versi Pro dengan bukan Pro adalah specs yang ada pada produk yang belum tiba di Malaysia ini adalah lebih tinggi.

Paparan6.3"
FHD+
PemprosesSnapdragon 710
RAM4GB
6GB
Storan64GB
128GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
Kamera belakang16MP F1.7
5MP F2.4
Kamera depan25MP
Bateri4,050mAh
VOOC 3.0 20W

Tapi ada satu fungsi unik pada telefon ini yang pastinya menarik minat anda sekiranya ia tiba di Malaysia kelak. Fungsi itu adalah kemampuan merakam video slow-mo sehingga 960 fps yang lantas meletakkan telefon ini sebaris dengan flagship Huawei, Samsung, dan Sony.

Walau bagaimanapun, kita masih belum mengetahui berapakah resolusi gerak perlahan yang mampu dihasilkannya sebelum melakukan sebarang kesimpulan.

Adakah anda teruja dengan Realme 3 Pro?

BACA  Realme 5 dan Realme 5 Pro perbaiki kelemahan model sebelumnya