fbpx

OnePlus 7 kalis air tanpa Perakuan IP?

Baru-baru ini, tersebarnya berita rupa bentuk dan warna yang bakal dimiliki oleh OnePlus 7 Pro. Terkini, CEO OnePlus, Pete Lau telah berkongsi ciri yang dimiliki oleh siri OnePlus 7 iaitu storan UFS 3.0 menerusi Twitter miliknya.

Apa itu storan UFS 3.0? Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, storan UFS 3.0 ialah sebuah storan yang menawarkan kelajuan dua kali ganda daripada pendahulunya, sehingga 2.9GB/s. Ia menggunakan kuasa yang kurang dan lebih cepat dari UFS 2.1 (1.2GB/s) dan jauh lebih cepat daripada eMMC lama yang telah digunakan selama ini.

Kelajuan storan (terutamanya kelajuan rawak) boleh meningkatkan kelajuan anekdot apabila menggunakan telefon. Malah beberapa peranti OnePlus yang lebih lama seperti OnePlus 3 masih lagi mampu mengikut standard 2019, dan terima kasih kepada perisian OnePlus itu sendiri kerana telah menggunakan storan berasaskan UFS 2.0 yang lebih cepat.

Bukan itu saja, Menurut pihak OnePlus sendiri, telefon pintar terbaru dari mereka itu juga akan hadir dengan kalis air tetapi tanpa sebarang perakuan IP. Kenapa pihak mereka memilih untuk melakukan sebegitu?

OnePlus sentiasa memilih strategi dimana mereka akan menghasilkan sebuah telefon yang berspesifikasi tinggi dengan harga yang rendah. Dalam memastikan perkara tersebut dicapai, pihak OnePlus telah menghasilkan sebuah telefon pintar kalis air namun tanpa sebarang Perakuan IP.

Ini kerana untuk mendapatkan perakuan tersebut, mereka perlu mengenakan kos tambahan dalam penghasilan telefon siri OnePlus 7. Jadi, dalam meyakinkan pelanggan bahawa telefon tersebut kalis air, pihak OnePlus telah berkongsi sebuah video berdurasi 30 saat di laman Youtube rasmi mereka.

BACA  Versi Kompak Xperia 1 Diumumkan Di IFA 2019 Dengan Nama Xperia 5

Menerusi video tersebut, dengan hanya menggunakan baldi dan merendamkan telefon pintar itu ke dalam air, ianya adalah bertujuan untuk memberitahu kepada peminat telefon keluaran OnePlus bahawa telefon tersebut mempunyai ciri kalis air namun tanpa perakuan IP seperti telefon pintar yang lain.

Namun anda sebagai penggemar telefon pintar keluaran OnePlus, adakah anda yakin akan tahap kalis air yang dimiliki oleh siri OnePlus 7 tanpa perakuan IP itu sendiri? Ianya kerana Perakuan IP berfungsi sebagai ujian ketahan terhadap air dan debu. Malah berbebeza tahap ketahanan, bermakna berbeza tahap penjagaannya.

Sumber: Android Police, Android Central