Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei umum 8 peranti terawal terima kemaskini Android Q

Pada pembentangan Google I/O 2019, Google telah mengumumkan bahawa Android Q Beta 3 tidak hanya tersedia pada telefon Pixel, tetapi ianya juga turut tersedia bagi 21 model telefon pintar, dari 13 pengeluar yang lain.

Antara 21 telefon tersebut, Mate 20 Pro juga tersenarai sekaligus menunjukkan bahawa Huawei tidak mahu ketinggalan dalam kemaskini OS terbaru itu.

Terbaru, menerusi Weibo, syarikat pengeluar telefon pintar itu mengumumkan lagi 8 buah telefonnya yang akan menerima kemas kini Android Q terlebih dahulu selepas Google melancarkan kemas kini untuk barisan Pixel telefon pintarnya.

8 buah telefon pintar dari Huawei dan Honor tersebut ialah:

  • Honor View20 / V20
  • Honor Magic2
  • Mate 20
  • Mate 20 Pro
  • Mate 20X
  • Mate 20 RS Porsche Design
  • P30
  • P30 Pro

Walau bagaimanapun, pihak Huawei masih lagi tidak mengumumkan sebarang ciri-ciri terbaru yang akan hadir bersama Android Q menerusi sistem antaramuka EMUI.

Bagi mereka yang memiliki salah satu daripada telefon yang tersenarai diatas, ini merupakan sebuah berita baik.

Sumber: XDA

BACA  AirAsia kenakan caj sehingga RM 30 jika mendaftar masuk penerbangan di kaunter