• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 13/05/2019
  • Komen
Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam jemputan ke majlis pelancaran Realme 3 Pro yang akan diadakan pada 14 Mei 2019, Realme Malaysia menyatakan mereka akan melancarkan bukan satu, tetapi dua peranti baru di Malaysia. Walaupun peranti ini masih belum diketahui, kita boleh mendapatkan jawapannya dari negara jiran.

Di Indonesia, Realme 3 Pro telah dilancarkan bersama telefon pintar bajet, Realme C2. Ia menggantikan kedudukan Realme C1 sebagai peranti bajet paling murah keluaran Realme. Tetapi bila diteliti, susah juga nak mengatakan Realme C2 ialah naik taraf kepada Realme C1.



Perbezaan ketara boleh dilihat dari luar apabila Realme C2 menggunakan kemasan potongan berlian di belakang. Di hadapan pula, boleh dilihat takuk besar di Realme C1 telah diganti dengan takuk kecil titisan air di Realme C2.

Di dalam, Realme C2 kini dikuasakan pemproses Mediatek Helio P22 bersama RAM 2GB atau 3GB dan storan dalaman sehingga 32GB. Skrin pula berukuran 6.1-inci dengan resolusi HD+.



Bahagian kamera seperti tidak berubah. Ia masih menggunakan dwi-kamera di belakang, gabungan 13MP F2.2 dan 2MP, bersama kamera hadapan 5MP. Baterinya pula berkapasiti 4,000mAh, ibarat berkurangan dari Realme C1 yang memiliki bateri 4,230mAh.

Realme C2 masih menggunakan tiga slot kad, yang boleh memuatkan dua kad sim nano dan kad mikroSD sehingga 256GB serentak. Ia juga memiliki jek audio 3.5mm di samping port mikroUSB untuk mengecas.

Di Indonesia, Realme C2 telah dijual dalam dua pilihan warna, hitam dan biru pada harga seperti berikut:

  • Realme C2 (RAM 2GB + storan 16GB) – IDR1.499.000 (~RM433)
  • Realme C2 (RAM 3GB + storan 32GB) – IDR1.699.000 (~RM491)

Kami jangka, harga jualan di Malaysia nanti tidak jauh berbeza dari harga jualan Indonesia. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya pada 14 Mei nanti.

Tags: RealmeRealme C2
Najib

Najib

POPULAR

Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik

Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik

13 May 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER