fbpx

Indonesia Sekat Akses Medsos Selepas Presiden Widodo Menang Lagi

Kurang seminggu daripada hari kemenangan Presiden Joko Widodo, penyokong lawannya mula merusuh tanda tak puas hati dengan keputusan tersebut. Pengundi yang berpihak kepada Prabowo Subianto mula berarak di jalan-jalan besar untuk menunjuk perasaan. Setakat ini, seramai enam orang dilaporkan terbunuh.

Untuk membendung masalah daripada meruncing, kerajaan Indonesia hari ini telah mengehadkan akses rakyatnya terhadapt platform medsos seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan Whatsapp. Ia adalah usaha untuk menghindarkan berita palsu daripada tersebar dan mengeruhkan suasana.

Suasana ini sama seperti yang pernah berlaku di Sri Lanka tempoh hari apabila beberapa buah gereja diletupkan oleh mengembom berani mati yang meragut lebih 300 nyawa.

Pilihanraya Umum Indonesia edisi 2019 kali ini adalah unik kerana kesemua jawatan penting seperti presiden, timbalan presiden, ahli Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia dan ahli legislatif tempatan di adakan dalam hari yang sama. Ia melibatkan 190 juta pengundi.

Walaupun ada yang mengatakan Widodo menang tipis mengikut peratusan, namun beliau meraih lebih 17 juta majoriti yang langsung nampak tak tipis.

Sumber: NST

BACA  Honor 9X Dikhabarkan Akan Tiba Tak Lama Lagi