Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

ZenFone 6 Ungguli Carta DxOMark Selaku Kamera Selfie Terbaik

Telefon yang ada keupayaan selfie terbaik bukanlah milik OPPO walaupun mereka menggelarkan diri mereka “Selfie Leader”. Analisis kamera selfie terbaru yang diterbitkan DxOMark menyatakan yang ZenFone 6 kini adalah kamera selfie terbaik, mengalahkan Galaxy A10 malahan, Google Pixel 3 dengan skor 98.

Antara bahagian yang menerima skor tinggi adalah white balance dan kejituannya dalam merekodkan tona warna kulit. Penganalisi juga memuji kepantasan kamera ZenFone 6 membidik fokus walaupun berada dalam jarak close-up.

Kehadiran kamera sekunder yang membantu kamera utama mengambil gambar potret dengan kesan bokeh turut membantu ZenFone 6 menewaskan pesaingnya. Subjek mampu diasingkan daripada latar dengan baik sekali.

White balance dan tona warna menerima pujian DxOMark

Gambar selfie bukanlah satu-satunya bahagian yang ZenFone 6 cemerlang. Keupayaan merakam video 4K dengan fungsi penstabilan elektronik tentunya memberikan pemberat yang tinggi dalam analisis.

Ia tidak menghairankan kerana kamera pada ZenFone 6 adalah kamera belakang, dan juga kamera depannya hasil penggunaan mekanisme boleh berputar padanya. Untuk kamera utama, ia menggunakan sensor 48MP dengan jarak fokal 26mm kemudian kamera 13MP pula ada sudut pandang lebar.

ZenFone 6 miliki specs berkelas flagship, ia diperkasa SoC Snapdragon 855. Ia ada paparan 6.4″ Full HD+ dan menjalankan Android 9 Pie apabila dihidupkan. Bateri 5.000mAh superbesarnya boleh dicas pantas dan ia juga hadir dengan jek headfon.

Ini adalah telefon paling sempurna Asus setakat ini pada pendapat saya. Tapi malangnya, berita kehadirannya ke Malaysia masih belum kedengaran.

BACA  Boost terpilih sebagai saluran RM50 ePenjana bermula 31 Julai