• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nex.Life naik taraf kelajuan pengguna sebanyak 50% secara percuma

  • OLEH Najib
  • 10:15 am
  • 30/05/2019
  • Komen
Nex.Life naik taraf kelajuan pengguna sebanyak 50% secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk pengguna Nex.Life. Pakej 2-dalam-1 talian mudahalih dan jalur lebar tetap di rumah ini kini menerima naik taraf kelajuan percuma. Sebelum ini, pengguna diberikan kelajuan jalur lebar tetap 20Mbps, tetapi kini ia menjadi 30Mbps.

Untuk menikmati kelajuan baru ini, pengguna Nex.Life hanya perlu me-reboot router. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan mahupun kenaikan harga pelan.



Nex.Life menyediakan pakej internet 2-dalam-1 tanpa had kuota, iaitu talian mudah alih dan jalur lebar tetap pada kadar RM100/bulan. Anak syarikat Webe Digital ini menggunakan rangkaian TM HSBB dan menawarkan kontrak lebih pendek, hanya selama 12-bulan. Bagaimanapun, tiada router diberikan dan pengguna perlu membelinya sendiri untuk menggunakan jalur lebar tetap di rumah.

Untuk talian mudahalih, ia diberikan kuota tanpa had untuk 4G LTE sahaja. Bagi rangkaian 3G, terdapat kuota bulanan sebanyak 500MB. Jika tidak cukup, kuota tambahan boleh dibeli dari RM15 untuk 1GB. Untuk panggilan dan SMS, pengguna dicaj 20sen/minit dan 15sen untuk setiap SMS.



Walaupun menggunakan rangkaian TM HSBB, liputan Nex.Life masih terhad. Buat masa ini, ia terdapat di beberapa lokasi terpilih di Kelantan, Terengganu dan Lembah Klang sahaja. Kawasan liputan Nex.Life boleh dirujuk di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.nexlife.com.my.

Tags: Nex.Life
Najib

Najib

POPULAR

Nex.Life naik taraf kelajuan pengguna sebanyak 50% secara percuma

Nex.Life naik taraf kelajuan pengguna sebanyak 50% secara percuma

30 May 2019
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN