fbpx

Tonton dan menang telefon pintar 3 kamera dari Wiko

Telefon pintar Wiko View3 dan View3 Pro pertama kali diperkenalkan semasa pameran MWC 2019 pada bulan Mac lepas. Ia adalah telefon pintar pertama Wiko dengan 3 kamera belakang. Tidak lama lagi, ia akan datang ke Malaysia.

Wiko Malaysia kini mengadakan pertandingan tonton dan menang untuk meraikan ketibaan View3. Satu unit telefon pintar tiga kamera dari Wiko disediakan sebagai hadiah. Untuk menyertainya, ikuti langkah berikut:

  1. Tonton video dan hitung berapa kali perkataan “View3” yang anda lihat dalam video di bawah.
  2. Hantar jawapan, butiran anda dan lengkapkan slogan di borang di laman pertandingan.
  3. Layari https://www.lazada.com.my/shop/wiko-official-store dan ikut (+Follow) Wiko official store Lazada.

Pertandingan ini ditutup pada 9 Jun 2019, pukul 11.59 tengah malam. Maklumat lanjut tentang pertandingan Tonton & Menang View3 boleh dirujuk di sini.

Wiko View3 Pro adalah versi yang lebih hebat dalam siri ini. Ia dikuasakan CPU Helios P60 dengan RAM sehingga 6GB bersama-sama storan sehingga 128GB. Skrinnya berukuran 6.3-inci HD Penuh dan ada takuk di atas untuk ruang kamera hadapan 16MP.

Di belakang, ia ada tiga kamera gabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera pengesan kedalaman 5MP. Baterinya sebesar 4,000mAh dan dicas melalui USB-C.

Telefon ini masih ada jek audio 3.5mm serta slot kad hibrid untuk mikroSD.

Wiko View3 pula sedikit berbeza seperti penggunaan CPU Helios P22, RAM 3GB dan storan dalaman 64GB. Skrinnya pula 6.26-inci HD+ dengan takuk untuk kamera hadapan 8MP.

Untuk kamera belakang, ia mengguna pakai gandingan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Bateri juga sama 4,000mAh tetapi dicas menggunakan sambungan mikroUSB.

BACA  Galaxy A20s dengan sedikit naiktaraf mula dijual di Malaysia

Wiko View3 dan View3 Pro telah dijual di Eropah dengan harga berikut:

  • Wiko View3 (RAM 3GB + storan 64GB) – EUR179 (~RM827)
  • Wiko View3 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – EUR299 (~RM1,381)

Nampak agak mahal tetapi ambil maklum bahawa harga Eropah sering jauh lagi mahal berbanding di Malaysia kerana kadar cukai yang agak tinggi. Kita boleh jangkakan harga yang lebih rendah apabila dijual di Malaysia nanti.

Jangan lupa sertai pertandingan Tonton & Menang View3. Mana tau ada rezeki menang telefon baru dari Wiko nanti.