• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Huawei menjemput pembangun aplikasi sertai AppGallery

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 3:44 pm
  • 11/06/2019
  • Komen
Huawei menjemput pembangun aplikasi sertai AppGallery
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan kes pengharaman jualan telefon Huawei di A.S, banyak pembekal perkakas, pereka cip dan beberapa organisasi lain turut menarik diri dari bekerjasama dengan syarikat pengeluar telefon pintar dari China itu.

Disebabkan itu, Huawei dilihat mempercepatkan pembinaan sistem operasinya sendiri dan mencari alternatif lain bagi menggantikan Google Play Store.



Huawei P30 Pro merupakan telefon flagship dari Huawei

Terbaru, Huawei sudah mula mengambil langkah bijak apabila pihak mereka menghantar permintaan kepada beberapa pembangun aplikasi yang terkenal di Play Store untuk bekerjasama dalam menerbitkan aplikasi di AppGallery milik Huawei.

Menerusi laporan XDA Developers, seorang pembangun aplikasi terkenal berkongsi kandungan email yang dihantar oleh pihak Huawei. Menerusi email tersebut:



  • Pihak Huawei menjemput pembangun aplikasi tersebut untuk menyertai AppGallery.
  • AppGallery memiliki seramai 270 juta pengguna yang aktif setiap bulan dan 350 juta telefon Huawei memiliki AppGallery (separuhnya adalah pengguna peringkat global).
  • Pihak Huawei akan memberikan ‘sokongan penuh’ kepada pembangun aplikasi untuk membantu mereka menerbitkan aplikasi di AppGallery.
  • Pihak Huawei turut menjemput sebanyak ‘540K’ pembangun aplikasi yang aktif secara percuma, menyertai AppGallery.
AppGallery pada Huawei Mate 20 Pro

Menerusi email tersebut, tidak pula dinyatakan maksud ‘sokongan penuh’ yang bakal diberikan oleh pihak Huawei kepada pembangun aplikasi. Bukan itu sahaja, pihak Huawei juga tidak menyatakan seberapa aktif pembangun aplikasi yang dijemput untuk menyertai AppGallery.

Sumber: XDA Developers

Tags: HuaweiHuawei AppGallery
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Huawei menjemput pembangun aplikasi sertai AppGallery

Huawei menjemput pembangun aplikasi sertai AppGallery

11 June 2019
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN