• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T rasmi diperkenal di pentas antarabangsa, tanpa Snapdragon 855

  • OLEH Najib
  • 8:18 pm
  • 12/06/2019
  • Komen
Mi 9T rasmi diperkenal di pentas antarabangsa, tanpa Snapdragon 855
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama berteka-teki, Mi 9T akhirnya rasmi dilancarkan di peringkat antarabangsa. Ia serba-serbi serupa dengan Redmi K20 yang dilancarkan di China. Tetapi agak dukacita kerana tiada versi Pro diperkenalkan bersama.

Jadi, tiada apa lagi yang tidak diketahui tentang Mi 9T ini. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 730, RAM 6GB dan storan antara 64GB dan 128GB. Mi 9T memiliki skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+, tanpa takuk dan lubang.



Kamera hadapan 20MP F2.2 padanya menggunakan modul pop-up yang boleh disembunyi, menjadikan skrinnya bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang. Manakala di belakang, Mi 9T dipasang 3 kamera iaitu kamera utama 48MP F1.75, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telefoto 8MP F2.4 dengan 2x zum optikal.

Pengimbas capjari Mi 9T terdapat di dalam skrin. Ia memiliki bateri besar 4,000mAh dan datang dengan pengecas pantas 18W USB-C. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm tetapi tiada slot kad mikroSD.



Harga jualan Mi 9T di Eropah adalah seperti berikut:

  • Mi 9T (RAM 6GB + storan 64GB) – EUR329 (~RM1,548)
  • Mi 9T (RAM 6GB + storan 129GB) – EUR369 (~RM1,736)

Untuk perbandingan, Mi 9 SE 64GB dijual di Eropah berharga EUR349 (~RM1,642) manakala Mi 9 128GB pula EUR399 (~RM1,878). Perbezaan harga dengan set rasmi Malaysia ialah RM343 (1642-1299) untuk Mi 9 SE 64GB dan RM379 (1878-1,499) bagi Mi 9 SE 128GB.

Dari perbezaan harga di Mi 9 SE di atas, kita boleh membuat anggaran untuk harga Mi 9T di Malaysia kelak. Kami rasakan, Mi 9T 64GB akan berharga RM1,249 manakala Mi 9T 128GB pula RM1,449. Sedikit lebih murah dari harga rasmi Mi 9 SE di Malaysia.

Mi 9T akan diperkenalkan di Malaysia pada 20 Jun 2019. Kita tunggu dan lihat, adakah harga anggaran kami ini tepat atau tidak nanti.

Sementara tu, boleh kenali Mi 9T lebih dekat menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

Tags: Mi 9Txiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9T rasmi diperkenal di pentas antarabangsa, tanpa Snapdragon 855

Mi 9T rasmi diperkenal di pentas antarabangsa, tanpa Snapdragon 855

12 June 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN