fbpx

Perbandingan Kamera: Xiaomi Mi 9T, Xiaomi Mi 9, & Redmi K20 Pro

Kalau dulu kita ada #baikbelipoco, mungkin tahun 2019 adalah #baikbelimi9t atau #baikbelik20 sebabnya, kedua-dua pendatang baru ini bukan saja baik untuk gaming, saya rasakan juga baik pada kameranya juga.

Xiaomi Mi 9T adalah telefon yang baru saja dilancarkan Xiaomi di peringkat global. Ia adalah telefon yang dijenamakan semula daripada Redmi K20 yang hanya diedarkan dalam pasaran China saja.

Dari kiri Redmi K20 Pro, Xiaomi Mi 9, dan Xiaomi Mi 9T

Dalam artikel ini, saya nak lagakan Mi 9T dengan flagship Xiaomi 2019 iaitu Mi 9 yang dilancarkan awal tahun ini. Tapi dalam pejabat kami juga ada sebuah K20 Pro. Dah alang-alang keluar, kami bawa sekali K20 Pro untuk dibandingkan.

Tapi sebelum itu, ini adalah spesifikasi semua telefon yang terlibat dalam perbandingan ini.

Perbandingan Spesifikasi Mi 9T, Mi9, & K20 Pro

Ada beberapa genre gambar yang saya bandingkan, mereka ialah:

  • julat dinamik & ketajaman
  • potret & selfie
  • lowlight & nightmode
  • zum
  • wide-angle

Julat Dinamik & Ketajaman

Dynamic Range adalah julat kepekaan sesuatu kamera terhadap cahaya. Jika cahaya yang dilihatnya berada di luar julat dinamiknya, sama ada terlalu gelap ataupun terlalu cerah, kamera akan hanya letakkan warna hitam atau putih di tempat itu.

Dalam sesuatu gambar, julat dinamik akan mempegaruhi bebayang dan juga highlight. Mengambil contoh gambar di atas, bahagian langit biasanya dalam keadaan terang dan diluar julat dinamik manakala banggunan berada di bahagian bawah julat.

Dalam gambar yang teleh di-crop 100% ini, anda boleh lihat yang Mi 9 miliki julat dinamik yang lebih kearah cahaya berbanding K20 Pro dan Mi 9T yang kearah bebayang. Hasilnya, bahagian tumbuhan dibawah papan tanda kelihatan lebih cerah dalam gambar Mi 9 oleh sebab bebayang telah dipercerah.

K20 Pro dan Mi 9T miliki bebayang yang lebih gelap. Kelebihan miliki julat dinamik yang lebih kebawah boleh dilihat pada tiang kiri dan kanan banggunan apabila butiran permukaannya masih boleh dilihat.

BACA  Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini

Namun, saya nak buat kesimpulan yang perbezaan antara mereka hampir boleh diabaikan.

Contoh yang kedua adalah pada papan tanda “Menara TH Tun Razak” ini. Miliki julat dinamik kearah bebayang menyebabkan bahagian kesan lumut hujan lebih ketara manakala untuk Mi 9, kontrasnya lebih tinggi dan seterusnya menjadikan gambar sedikit lebih tajam.

Potret & Selfie

Ada dua benda penting yang kita perhatikan dalam gambar potret dan selfie. Yang pertama adalah sebaik manakah telefon menghasilkan warna kulit berbanding yang sebenar. Takkan kita nak tengok gambar Instagram yang pucat lesu, ye tak?

Selepas warna kulit, kita nak tengok bagaimana telefon memisahkan subjek daripada latar belakang. Adakah ia mengesan pinggir subjek dengan baik?

Dalam gambar di atas, rakan saya Rory jadi model di dalamannya. Sekilas pandang, K20 Pro dan Mi 9T menghasilkan gambar yang serupa. Gambarnya lebih sejuk berbanding Mi 9 yang lebih suam.

Tapi untuk warna kulit, saya nampak yang K20 Pro dan Mi 9T hasilkan warna yang lebih tepat. Warna kulit dalam sampel Mi 9 lebih merah tapi tidak terlalu jauh daripada yang asal.

Untuk simulasi bokeh, kesemua sampel berjaya memisahkan subjek daripada latar dengan baik sekali. Kemudian, filter bokeh yang dikenakan juga berkala, tidaklah setara di semua bahagian dan ia memberikan kesan bokeh yang lebih semula jadi.

Perhatikan pada kesan bokeh di bawagian bawah gambar (jalan) berbanding dengan bahagian atas (tempat parking kereta).

Untuk selfie pula, hasilnya terbalik pula. Warna kulit saya dalam Mi 9 lebih semula jadi berbanding dua pesaing lain yang lebih tearah kepada warna merah.

Low Light & Night Mode

Julat dinamik juga penting untuk berikan kesan pada gambar dalam keadaan malap. Kamera yang ada julat dinamik luas mampu melihat ke dalam bebayang dalam pada masa yang sama masih mengekalkan butiran di bahagian cerah.

Tapi telefon pintar zaman ini sangat bijak. Walaupun mereka ada julat dinamik asal yang sempit, mereka boleh memperluasnya secara digital dengan cara menggabungkan dua gambar yang berbeza julat dinamik; 1 gambar dengan julat dinamik ke arah bebayang dan 1 gambar dengan julat dinamik kearah cahaya.

Gabungkan dua gambar itu, anda akan dapat gambar dengan julat dinamik yang luas ataupun lebih dikenali sebagai High Dynamic Range (HDR). Hasilnya, bahagian daun yang gelap kini lebih cerah tanpa mengorbankan pencahayaan pada utama iaitu saya.

BACA  Redmi 8, Telefon Dengan Pengecasan Pantas 18W Termurah Malaysia

Zum

Ketiga telefon boleh mengezum 2x (optikal) dan 10x (digital). Namun bila melakukan pengezuman, mereka akan menggunakan kamera yang berbeza mengikut keadaan cahaya seperti yang dikesan sistem telefon.

Mungkin sebab itu white balance (keseimbangan putih) dalam hasil gambar Mi 9 berbeza antara 1x dan 10x. Tapi yang peliknya untuk K20 Pro, white balance-nya lebih tekal merentasi zum.

Anda dapat perhatikan yang Mi 9 berikan white balance yang lebih suam tapi dalam keadaan yang sebenar, saya petik K20 Pro sebagai yang paling tepat.

Pada 10x zum digital, Mi 9T memberikan hasil yang paling teruk antara K20 Pro dan Mi 9T. Walaupun K20 Pro dan Mi 9T secara asasnya miliki kamera yang sama, butiran lampu kalimantang papan tanda jelas kelihatan dan lebih tajam.

Wide-angle

Xiaomi Mi 9, dia ada kamera wide-angle dengan sensor 16MP manakala K20 Pro dan Mi 9T kedua-duanya ada sensor 13MP.

Namun begitu, K20 Pro dan kembarnya ada jarak fokal yang lebih luas iaitu 12mm (setara format 35mm). Mi 9 pula jarak fokalnya adalah 13mm, lebih sempit tapi perbezaan 1mm tidak berikan perbezaan ketara.

Lagipun, untuk gambar wide-angle, anda selalunya akan letakkan subjek di tengah kerana barrel distortion akan jadikan wajah anda nampak pelik jika berada di pinggir bingkai.

Tapi, jika anda berhujah yang Mi 9 ada kamera wide-angle lebih baik sebab sensornya ada lebih 3MP untuk digunakan, di bawah adalah hasil crop sampel wide-angle dari semua kamera.

Saya tak nampak sangat perbezaannya. Bagaimana pula dengan anda?

Kesimpulan

Daripada lensa kamera tiga telefon yang saya bandingkan ini, saya tak nampak perbezaan yang amat ketara daripada segi kualiti gambar. Ia tidak menghairankan kerana dalam kalangan mereka, spesifikasi yang dimiliki hampir setara.

BACA  K20 Pro Dengan RAM 12GB dan Storan 512GB Sedia Dibeli Di Malaysia

Atas kertas specs, Mi9 ada sedikit kelebihan. Kamera wide-angle telefon ini ada bilangan piksel 3 juta lebih tinggi berbanding Mi 9T dan K20 Pro. Kamera depan pula semuanya sama kecuali apertur Mi 9 yang lebih besar tapi perbezaan kualiti tak begitu ketara.

Dari kiri Redmi K20 Pro, Xiaomi Mi 9, dan Xiaomi Mi 9T

Untuk harga, setakat artikel ini ditulis, Mi 9 dijual pada harga bermula RM1,699. K20 Pro pula tidak dijual secara rasmi setakat ini. Tapi anda boleh dapatkannya pada harga RM1,798 dari Mobile 2 Go.

Memang harganya sedikit tinggi sebab ini adalah set import. Namun, perlu anda tahu yang anda dapat storan 128GB berbanding 64GB pada Mi9 yang paling murah.

Jika anda ingin beli Mi 9T, telefon ini akan dilancarkan pada 20 Jun 2019 ini. Sepatutnya harganya lebih murah berbanding Mi 9 sebab specsnya satu tahap lebih rendah.

Apa pendapat anda tentang perbandingan ini? Apa lagi yang anda ingin kami bandingkan? Sila turunkan dalam ruangan komen nanti.