• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo diumum sebagai penaja rasmi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL)

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 21/06/2019
  • Komen
Yoodo diumum sebagai penaja rasmi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL)
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyokong pembangunan bakat tempatan dalam pelbagai aspek, Yoodo kini mengumumkan sokongan mereka terhadap Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) sebagai penaja. Liga ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Penajaan MPFL ialah langkah terbaru Yoodo untuk menyokong platform bagi mengasah bakat muda tempatan. Yoodo juga terlibat secara langsung dalam arena e-Sukan menerusi pasukan Yoodo Gank.



Selain Yoodo, penaja rasmi lain MPFL ialah Joma, Astro dan 100 Plus.

Liga MPFL ini akan bermula minggu ini, pada hari Sabtu 22 Jun 2019. Ia dibahagikan kepada 2 kategori, lelaki dan perempuan.



Liga lelaki memiliki 9 pasukan melibatkan 16 perlawanan yang akan diadakan antara bulan Jun hingga September. Liga perempuan pula mengandungi 4 pasukan melibatkan 12 perlawanan antara bulan Julai hingga September.

Untuk mengikuti lebih banyak berita terkini mengenai Yoodo dan acara komunitinya, ikuti mereka di Facebook Yoodo serta melawat laman sesawang www.yoodo.com.my. Maklumat lanjut mengenai liga MPFL pula boleh didapati di laman sesawang FAM MPFL.

Tags: FAMMPFLyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo diumum sebagai penaja rasmi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL)

Yoodo diumum sebagai penaja rasmi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL)

21 June 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN