fbpx

Xiaomi Mi CC x Meitu mahu kuasai dunia kamera dan swafoto

Selain mengumumkan ketiadaan Mi Mix dan Mi Note baru tahun ini, Lei Jun turut mengumumkan pengenalan satu siri baru di pentas yang sama. Siri baru ini digelar sebagai Mi CC, memfokuskan kepada pasaran belia remaja yang suka mengambil gambar.

Xiaomi CC dihasilkan dengan kerjasama pakar swafoto Meitu, melalui Makmal Kecantikan Xiaomi x Meitu AI. Xiaomi telah menandatangani kerjasama strategik bersama Meitu tahun lepas dan menggunakan teknologi yang terdapat pada Meitu untuk menghasilkan telefon pintar. CC bermaksud Colorful & Creative (warna-warni dan kreatif) dan ia dibangunkan oleh pasukan produk paling muda dalam syarikat.

Lei Jun mengumumkan siri CC tetapi tidak memperkenalkan sebarang telefon bersamanya. Walaupun begitu, sudah tersebar berita mengenai model baru ini, dan berita paling kuat ditemui di TENAA.

Telefon Xiaomi dengan nombor model M1904F3BC telah tersenarai di laman sesawang TENAA di China. Dari gambarnya, ia sangat serupa dengan Mi 9 iaitu tiga kamera belakang, takuk kecil untuk kamera depan dan tiada pengimbas capjari di belakang. Terdapat juga perkataan 48MP AI Camera di bawah LED Flash di belakang.

Khabar angin mengatakan, terdapat dua model CC yang akan diperkenalkan iaitu Mi CC9 dan Mi CC9e. Mi CC9 dikatakan hadir dengan kuasa Snapdragon 730, RAM sehingga 8GB, storan hingga 256GB, kamera depan 32MP, skrin AMOLED, pengecas capjari dalam skrin, bateri 4,000mAh dan pengecas pantas 18W.

Gambaran rupa Mi CC9e berwarna putih

Manakala Mi CC9e pula memiliki skrin IPS LCD 6.3-inci, Snapdragon 710, RAM 6GB< ,storan 64GB, kamera depan 32MP, kamera belakang 48MP+8MP+13MP dan bateri 4,000mAh.

Khabar angin mengatakan Mi CC9 akan menggunakan modul kamera berputar seperti ASUS ZenFone 6. Bermakna, kamera yang sama untuk kamera depan dan belakang.

BACA  Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap

Walaupun begitu, kesemua berita ini masih belum disahkan, ia mungkin juga diperkenalkan kelak sebagai model telefon pintar dengan nama yang berbeza. Kita nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi mengenai Mi CC9 kelak.

Sumber: Xiaomi, GizmoChina, TENAA