• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Nokia 1 boleh kemas kini ke Android Pie GO

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 6:08 pm
  • 26/06/2019
  • Komen
Nokia 7 Plus jelmaan semula lagenda kamera Lumia
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, HMD Global telah melancarkan kemas kini Android Pie bagi telefon pintar Nokia 3. Terbaru, Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas mengumunkan bahawa sebuah lagi telefon pintar daripada Nokia iaitu Nokia 1 sudah boleh mengemas kini Android Pie, menerusi Twitter miliknya.

Nokia 1 merupakan sebuah telefon pintar bajet yang dilancarkan pada tahun lepas dengan menggunakan sistem operasi Android Oreo (edisi GO). Android edisi Go merupakan sistem operasai Android yang lebih ringan dan direka khas untuk peranti bajet yang menggunakan perkakas murah serta RAM yang kecil.



Excited to share that our most affordable smartphone, Nokia 1, upgrades to Android 9 Pie starting today. Now there is a Nokia smartphone for everyone running Pie – bringing to you the latest experiences from Google. Nokia phones just keep getting better #Getsmart #Nokiamobile pic.twitter.com/BYONKx6q5n

— Juho Sarvikas (@sarvikas) June 25, 2019

Sama seperti Android versi biasa, ia juga turut didatangi dengan aplikasi dari Google tetapi versi ringan seperti Google Go, Maps Go, YouTube Go, and Gmail Go.

Menerusi kemas kini sistem operasi tersebut, pengguna akan dapat lihat sejumlah penambahbaikkan pada telefon Nokia 1 ini seperti ruangan storan yang lebih tinggi, tempoh boot yang lebih cepat dan lain-lain.



Kemas kini Android Pie (edisi Go) dilancarkan secara berperingkat menerusi OTA dan pengguna boleh mengemas kini sistem operasi mereka dalam masa beberapa minggu lagi.

Walaupun Nokia 1 merupakan sebuah telefon peranti bajet, telefon ini menyokong dua sim kad 4G. Manakala baterinya pula sebesar 2,150mAh dan memiliki skrin seluas 4.5 inci dengan resolusi 854×480 sahaja.

Nokia 1 dikuasai oleh cip oleh cip pemproses Mediatek MT6737M, bersama 1GB RAM dan 8GB storan sahaja. Walaupun storan dalamannya kecil, namun pengguna boleh menambahnya menerusi kad mikroSD.

Sumber: GSM Arena, Juho Sarvikas

Tags: androidandroid 8android 8 oreoAndroid 9Android GoAndroid PieNokianokia 1Nokia 3
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Nokia 7 Plus jelmaan semula lagenda kamera Lumia

Pengguna Nokia 1 boleh kemas kini ke Android Pie GO

26 June 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER