• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Huawei

Ini Sebab Kenapa EMUI 9.1 Adalah Kemas Kini Paling Mantap Sistem Operasi HUAWEI Setakat Ini

  • OLEH Penaja
  • 1:38 pm
  • 27/06/2019
  • Komen
Ini Sebab Kenapa EMUI 9.1 Adalah Kemas Kini Paling Mantap Sistem Operasi HUAWEI Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh HUAWEI

Walaupun berdepan dengan pelbagai “bonggol” yang merencat kemajuan, HUAWEI mara konsisten untuk menyediakan pengguna mereka dengan kemas kini kepada semua produk mudah alih keluarannya. Dengan pelancaran EMUI 9.1, kemas kini terbaru sistem operasi telefon hasil tangan HUAWEI itu, anda boleh menjangkakan tambah baik saujana kepada prestasi dan juga fungsinya.



Ini sebabnya mengapa EMUI 9.1 adalah kemas kini terbaik sistem operasi HUAWEI setakat ini.

Penekanan terhadap rekaan, rupa, dan pengalaman

Jurutera di HUAWEI menghabiskan banyak masa untuk mencipta set wallpaper baru khas untuk kemas kini ini. Ia lebih realistik dan memaparkan kecantikkan telefon anda. Ikon juga menerima sentuhan pembaharuan dan direka khas agar EMEUI tampak lebih unik berbanding yang lain.



Bukan sahaja pada aestetik, pada sudut prestasi turut menerima rawatan yang serupa.

https://www.youtube.com/watch?v=2RSxElN5byg

Prestasi nyata dipertingkat dengan penggunaan sistem tadbir fail EROFS

EMUI 9.1 bakal menggunakan sistem tadbir fail yang baharu. Sistem terdaulu menggunakan F2FS dan ia akan digantikan dengan EROFS yang dibangunkan khas untuk pemacu memori kilat.

Bercakap tentang prestasi, anda bolej jangkakan peningkatan sebanyak 20% dalam kategori prestasi bacaan rawak dan aplikasi pula akan dilancarkan 10% lebih pantas.

Tahap keselamatan juga ditambah baik kerana sistem EROFS hanya digunakan untuk membaca data sahaja. Hal ini bermakna, tiada pihak ketiga boleh menulis keatas data yang sudahpun berada di bawah EROFS untuk melindungi data anda daripada serangan luar.

Gaming lebih lancar dengan GPU Turbo 3.0

Pertama kalinya diperkenalkan bersama-sama siri P30 tempoh hari, EMUI 9.1 akan menampilkan GPU Turbo edisi 3.0 yang memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan AI untuk memberikan pengalaman gaming ang lebih baik.

Edisi ini dibangunkan khas untuk menyuntik “serum turbo” kepada 25 permainan terpopular masa ini agar sesi permainan anda tidak tercemar insiden lagging dan sebagainya. Selain peningkatan prestasi GPU Turbo 3.0 juga mnegoptimumkan penggunaan tenaga sebanyak 10% yang diterjemahkan kepada waktu bermain yang lebih lama daripada bateri anda.

Ciri mudah guna yang menarik

Kebanyakan produk HUAWEI miliki komponen berkelas flagship, jadi setiap titis prestasi perlu diperah daripada komponen ini agar wang yang anda laburkan keatas produk HUAWEI jadi berbaloi. Dalam EMUI 9.1 ada sejumlah ciri mudah guna yang diperkenalkan jurutera yang membangunkan sistem operasi ini.

HUAWEI VLOG

Ini adalah alat yang sesuai digunakan untuk merakam vipen seperti vlog dan terus boleh disunting untuk dimasukkan lagu dan kesan khas kedalamnya.

https://www.youtube.com/watch?v=LTN1VZRzP84

Anytime Assistant

Butang kuasa pada telefon anda turut berfungsi untuk menyeru pembantu maya Google Assistant. Dengan menyerunya, anda boleh memberikan pelbagai arahan seperti bertanayakan cuaca, kadar tukaran matawang, dan sebagainya.

AR Measure

Sekiranya anda miliki hobi DIY, kamera pada telefon AI boleh digunakan untuk mengukur objek yang ada di depan anda. Dengan bantuan pelabgai sensor termasuklah kamera Time-of-Flights (ToF), anda boleh mendapatkan maklumat tentang luas bilik anda untuk bantu bagaimana untuk hiasnya.

Bukan itu saja, anda turut boleh mengukur ketinggian seseorang menggunakan teknologi pengecaman wahah HUAWEI yang canggih.

https://www.youtube.com/watch?v=tfzZ-dnuRmU

HUAWEI OneTap Share

HUAWEI miliki ekosistem produk yang luas, daripada telefon hinggalah komputer. Jika anda ingin memindahkan dokumen digital daripada telefon ke komputer, sentuhkan saja telefon pada komputer. Tidak perlu lagu melalui proses menghubung yang renyah.

https://www.youtube.com/watch?v=zMu9CsHBqPk

Bila anda sedang menggunakan komputer dan ingin rakam paparan komputer kerana ada sesuatu yang menarik berlaku, anda cuma perlu goncangkan telefon HUAWEI dan komputer terus akan diarahkan merakam 60 saat video dan fail itu akan dipindahkan ke telefon anda secara automatik.

Rakan senaman paling akrab

Jika anda lebih gemar bersenam secara sendirian, telefon yang menjaalan EMUI 9.1 boleh menjadi teman akrab anda. Sambungkan telefon dengan treadmill dan ia akan mengumpulakn maklumat seperti berapa banyak kalori yang terbakar serta tempoh senaman anda.

https://www.youtube.com/watch?v=4mTXU7FImL0

Penambahbaikkan ini juga menggunakan algoritma yang lebih canggih untuk mengumpulkan data langhakan anda dengan lebih tepat dan jitu.

Senarai peranti HUAWEI yang bakal diperkasa EMUI 9.1

EMUI 9.1 disebarkan untuk pengguna Malaysia bermula 27 Jun 2019 ini. Ahli pertama EMUI 9.1 adalah HUAWEI siri Mate 20. Kemas kini sepatutnya disalurkan secar automatik, tapi jika anda tak sabar, anda boleh periksa di bahagian Setting telefon anda.

Pergi ke [Settings] > [System] > [Software update] > Check for updates

ATAU

Pergi ke [HiCare] App > [Update] > [Download]

Senarai telefon yang akan terima EMUI 9.1

Bermula 12 Jun 2019

  • HUAWEI Y9 2018
  • HUAWEI nova 3e

Bermula 27 Jun 2019

  • HUAWEI Mate 20
  • HUAWEI Mate 20 Pro
  • HUAWEI Mate 20 X

Bermula Julai 2019

  • HUAWEI P20
  • HUAWEI P20 Pro
  • HUAWEI nova 3
  • HUAWEI nova 3i
  • HUAWEI nova 4
  • HUAWEI nova 4e
  • HUAWEI Mate 10
  • HUAWEI Mate 10 Pro
  • HUAWEI Mate 9
  • HUAWEI Mate 9 Pro
  • HUAWEI Y9 2019

Bermula Ogos 2019

  • HUAWEI Mate RS
  • HUAWEI P10
  • HUAWEI P10 Plus

Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana produk HUAWEI, anda boleh singgah ke kedai dalam talian mereka di https://shop.huawei.com/my/ ataupun pengedar sah diseluruh negara.

Tags: androidEMUI 9.1HuaweiHUAWEI EMUIHuawei Mate 20Huawei Mate 20 ProHUAWEI MATE 20 RS PORSCHE DESIGNHuawei Mate 20 XHuawei P20Huawei P20 Promobilepenajasistem operasi
Penaja

Penaja

POPULAR

Ini Sebab Kenapa EMUI 9.1 Adalah Kemas Kini Paling Mantap Sistem Operasi HUAWEI Setakat Ini

Ini Sebab Kenapa EMUI 9.1 Adalah Kemas Kini Paling Mantap Sistem Operasi HUAWEI Setakat Ini

27 June 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER