fbpx

10 juta siri Huawei P30 terjual dalam 85 hari

Telefon pintar siri Huawei P30 merupakan telefon flagship keluaran Huawei yang baru saja dilancarkan pada dua bulan yang lalu.

Terbaru, menerusi Twitter rasmi Huawei, mereka mengumumkan peranti flagship tersebut telah berjaya mencapai sebanyak 10 juta jualan dalam masa 85 hari sahaja. Ini bermakna, pencapaian jualan telefon itu lebih pantas berbanding abangnya sebelum ini, Huawei P20.

Sehingga penghujung bulan Mei 2019, Huawei telah berjaya menghantar sebanyak 100 juta peranti keluarannya keseluruh dunia. Ini bermakna Huawei telah mencapai penghantaran 100 juta unit, lebih pantas dari tahun lepas.

Bukan itu saja, Huawei P30 Pro juga menerima anugerah Telefon Pintar Terbaik daripada European Hardware Award. Fungsi kamera yang ada pada P30 Pro seperti SuerSpectrum dan Superzoom dipuji oleh lebih 100 editor teknologi sebagai sebuah inovasi.

Khabar berita gembira mengenai Huawei tidak hanya berhenti disitu. Huawei turut mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menghantar 100 juta produk SuperCharge mereka ke seluruh dunia. Ia termasuk telefon pintar, power banks dan pengecas yang menyokong teknologi pengecasan pantas syarikat tersebut.

Huawei Watch GT

Sebuah jam pintar, Huawei Watch GT telah berjaya memecah rekod jualannya sendiri. Sejak pelancarannya pada Oktober tahun lepas, ia telah terjual sebanyak lebih 2 juta unit.

Menurut laporan IDC, syarikat itu telah berjaya menghantar sebanyak 5 juta unit ke seluruh dunia pada 3 bulan pertama tahun ini dan ia menunjukkan tumbesaran sebanyak 282% tahun ke tahun. Sekali gus, rekod tersebut berjaya meletakkan Huawei sebagai 3 syarikat pembuat jam pintar terbaik di dunia.

Jam pintar Watch GT menjalankan sistem operasi yang direka sendiri oleh Huawei iaitu Lite OS dan mereka bangga dengannya. Menerusi kajian post-purchase, 81% pembeli memilih untuk memiliki jam pintar ini kerana ketahanan baterinya yang mampu hidup selama 2 minggu.

BACA  Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+

Sumber: GSM Arena