Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Lazada menawarkan Mi MIX 2s di bawah RM1000 dan Pocophone F1 dengan jaminan 2 tahun

Banyak promosi menarik akan berlangsung di Lazada Mid Year Festival yang berlangsung pada hari Jumaat ini, 12 Julai 2019. Jika anda mencari telefon pintar berkuasa tinggi tetapi harga di bawah RM1,000, satu pilihan yang ada ialah telefon pintar tahun lepas dan salah satu darinya ialah Mi MIX 2S.

Mi MIX 2S kini berharga RM1,199 dengan RAM 6GB dan storan 64GB. Tetapi selama 2 jam, pada 12 Julai 2019 dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi, ia boleh dibeli pada harga RM999 sahaja. Di bawah RM1,000 dan ia ditawarkan dalam warna hitam dan putih, selagi stok masih ada.

Telefon ini memiliki skrin HD Penuh+ berukuran 5.99-inci, tanpa takuk dan lubang. Keunikannya terdapat pada badan belakangnya, diperbuat dari seramik yang lebih tahan lasak dari kaca. Prestasi tinggi padanya digerakkan oleh pemproses Snapdragon 845, pemproses terbaik pada tahun 2018.

Satu kekuatan telefon ini berbanding Pocophone yang juga memiliki kuasa Snapdragon 845, ialah pada kameranya. Di hadapan, ia menggunakan kamera 5MP F2.0 yang terletak di bingkai di bawah skrin. Untuk kamera belakang pula, ia memiliki dua kamera 12MP yang menerima 97 mata dari DxOMark, markah yang sama dengan iPhone X dan Huawei Mate 10.

Bateri di dalam Mi MIX 2S sebesar 3,400mAh dan ia menyokong pengecasan pantas melalui USB-C serta pengecasan wayarles Qi. Tetapi ia tiada jek audio 3.5mm lagi. Jika berminat, anda boleh pergi ke Lazada sekarang dan menyimpannya di dalam cart. Pada 12 Julai nanti, antara pukul 12am-2am, boleh buat bayaran dengan harga RM999. Selagi stok masih ada.

Selain Mi MIX 2S, Xiaomi juga menawarkan beberapa telefon lain dengan harga lebih rendah pada 12 Julai nanti. Untuk peminat gaming bajet, Pocophone F1 dengan RAM 6GB dan storan 64GB boleh dibeli pada harga RM1,055 bersama LazadaCare Plus percuma.

BACA  Peluang beli Poco X3 dengan diskaun RM 150 dan percuma Black Shark Funcooler kembali

LazadaCare Plus menambah jaminan ke tahun ke-2 serta melindungi dari kerosakan tidak sengaja selama setahun. Ini tawaran yang menarik kerana selain harga lebih murah, Pocophone F1 anda juga menerima jaminan selama 2 tahun.

Untuk peranti yang lebih perkasa, Mi 8 dengan RAM 6GB dan storan 64GB ditawarkan pada harga RM1,399. Mi 8 memiliki skrin lebih besar berukuran 6.21-inci dari jenis AMOLED, kuasa Snapdragon 845 dengan bateri 3,400mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Tetapi ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

Kameranya jauh lebih baik dari Pocophone F1 dan Mi MIX 2S. Ia memiliki kamera hadapan 20MP serta dua kamera belakang, kamera utama 12MP F1.8 dengan OIS dan kamera telefoto 12MP F2.4.

Semua tawaran harga istimewa ini hanya terdapat di Stor Xiaomi di Lazada, pada hari Jumaat ini 12 Julai 2019, dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi sahaja, selagi stok masih ada. Jangan terlepas.