fbpx

Dua Powershot Daripada Canon Sasarkan Teraju Sony RX100

Canon siri Powershot G adalah barisan kamera yang dilengkapi ciri-ciri berkuasa dan dalam masa yang sama mengekalkan tahap mobiliti tinggi. Dua kemas kini keluarga Powershot G daripada Canon ini diarahkan untuk mengganggu gugat siri RX100 daripada Sony yang popular dalam kalangan vlogger semasa dilancarkan.

Pengeluar kamera dari Jepun itu memperkenalkan Powershot G7 Mark III dan PowerShot G5 Mark II dengan beberapa penambahbaikkan berbanding sebelumnya.

Powershot G7 X Mark III

Walaupun jarak antara Mark II dengan Mark III menjangkau tiga tahun, Canon masih gagal meletakkan satu ciri pelaris mereka iaitu Dual Pixel Autofocus. Tanpa ciri ini, tiada sebab mengapa orang berpaling daripada Sony RX100 VI.

Memanglah ia hadir dengan jek mikrofon 3.5mm untuk dipadankan dengan mikrofon mahal anda. Tapi, dimanakah hotshoe-nya? Takkan anda kena cari sangkar besi khas untuk letakkan mikrofon?

Ia mungkin alasan untuk meletakkan skrin boleh kilas yang berpusing 180 darjah keatas. Tapi EOS M50 ada skrin boleh kilas ke sisi dan ada hotshoe dan ada jek mikrofon!

Komponen optik Mark III macam disalin terus daripada sebelumnya. Anda masih dapat lensa 24-100mm F1.8-2.8. Tapi yang harus dipuji adalah pengenalan pemproses imej baharu iaitu DiGiC 8.

Ia memberikan kemampuan video 4K pada kamera ini pada kadar 30fps ataupun 1080p pada kadar setinggi 120fps. Kemudian, ia ada fungsi strim terus ke platform sosial terus daripada kamera jika ada sambungan Internet.

Powershot G7 X Mark III berharga USD750 (RM3,105) dan boleh didapati dalam bulan Ogos 2019.

Powershot G5 X Mark II

Jarak G5 X dengan Mark II-nya lebih jauh. Yang pertama dilancarkan dalam tahun 2015 dan dalam masa empat tahun, anda tantu jangkakan penambahbaikkan saujana.

BACA  Honor 20 Pro hadir dengan warna baru putih beku dan Honor Band 5 percuma

Sukacita dimaklumkan, pemproses imej DiGiC 6 dah digantikan dengan DiGiC 8 yang lebih berkuasa. Jadi anda boleh merakam video sehingga 4K pada kadar 30fps ataupun 1080p pada kadar setinggi 120p.

Komponen optikal juga nampaknya dinaik taraf. Anda beroleh julat zum 24-120mm dengan bukaan apertur F1.8 hingga 2.8. Jadi ini adalah kamera kompek dengan keupayaan bokeh yang baik.

Canon mencuri satu helah daripada buku Sony apabila menyertakan EVF yang disembunyikan di atas kiri badan kamera. Ia menjadikan telefon ini lebih kecil berbanding sebelumnya. Paparan LCD 1.04M yang ada padanya juga boleh dikilas ke atas.

Malangnya, ia masih ada penyakit G7 Mark III apabila tiada hotshoe dan lebih parah, jek mikrofon pun tiada. Untuk sensor, anda terima saiz sensor 1″ dengan bilangan piksel 20 juta.

Powershot G5 X Mark II akan dijual pada harga USD900 (RM3,725) bermula Ogos 2019 ini.