fbpx

OPPO Sertai Promosi Lazada Mid-Year Festival Dengan Telefon Serendah RM359

Banyak jenama-jenama telefon akan berikan potongan harga kepada produk mereka sempena dengan Lazada Mid-Year Festival yang akan berlangsung antara 12 hingga 14 Julai 2019. OPPO pun tak mahu terlepas peluang menawarkan telefon pada harga diskaun.

Sepanjang karnival itu, anda boleh mendapatkan telefon OPPO lebih murah daripada biasa. Contohnya, OPPO R15 Pro bakal ditawarkan pada harga serendah RM929 daripada harga pelancarannya RM2,399. Jika bajet anda terhad, OPPO A71k akan dijual pada harga RM359 sahaja.

Untuk telefon yang lebih baru, Reno 10X Zoom boleh jadi milik anda pada harga RM3,329 ataupun potongan RM70 daripada harga asalnya.

Apa tunggu lagi? Bergegaslah ke kedai dalam talian Shopee di Lazada sekarang.

BACA  Teka harga dan menang Huawei Y9 Prime 2019 yang baru