fbpx

Sony Xperia 1, Xperia 10, dan Xperia 10 Plus Kini Boleh Anda Dapati Di Malaysia

Walaupun Sony dilaporkan tidak lagi bergiat secara aktif dalam pasaran telefon Malaysia, nampaknya masih ada permintaan untuk produk telefon mereka. Hal ini kerana, tiga buah telefon yang diumumkan di MWC 2019 tempoh hari, sudahpun boleh dibeli di Malayia hatta Sony sendiri tidak memberitahu secara rasmi mereka akan membawa masuk ke pasaran kita.

Sony Xperia 1

Satu kedai di Lazada telah dikesan menyenaraikan flagship Sony 2019, Xperia 1 pada harga RM3,899. Unit tersebut memiliki storan 128GB dan RAM 6GB.

Harganya agak premium, tapi anda beroleh sebuah telefon dengan paparan 4K UHD, pertama seumpamanya dalam sebuah telefon pintar. Di bahagian kamera, ada tiga buah kamera 12MP yang berlainan jarak fokal boleh digunakan.

Untuk selfie, kamera 8MP boleh digunakan. Xperia 1 dikuasakan sekeping bateri 3,300mAh yang menyokong sistem pengecasan USB-PD.

Spesifikasi lengkap telefon boleh dirujuk di sini.

Sony Xperia 10 & Xperia 10 Plus

Dua buah telefon ini berada dalam kelas midrange dengan 10 Plus miliki sedikit kelebihan apabila dikuasakan SoC yang lebih berkuasa, Snapdragon 636, sedangkan Xperia 10 diberikan SoC Snapdraong 660.

Miyamondo juga menyenaraikan dua telefon ini yang masing-masingnya beharga RM1,660 dan RM1,460.

Kedua-dua telefon ini menggunakan konfigurasi dwikamera belakang dengan X10 Plus diberikan sensor 12MP dan 8MP manakala Xperia 10 diberikan sensor 13MP dan 5MP. Namun, kedua-duanya ada kamera selfie yang sama iaitu 8MP.

Anda boleh rujuk spesifikasi lengkap kesemua telefon di sini.

BACA  Versi Kompak Xperia 1 Diumumkan Di IFA 2019 Dengan Nama Xperia 5