• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon baru Redmi akan datang dengan kamera 64MP

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 22/07/2019
  • Komen
Telefon baru Redmi akan datang dengan kamera 64MP
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya, tidak lama lagi Redmi akan memperkenalkan telefon pintar dengan kamera 64MP. Mereka telah berkongsi perkara ini menerusi akaun rasmi weibo, di mana mereka memuat naik gambar yang dikatakan diambil menggunakan kamera 64MP tersebut.

Menurut pembocor berita bersiri Ice Universe, telefon baru Redmi ini akan menggunakan sensor baru keluaran Samsung, ISOCELL GW1 CMOS di mana ia memiliki resolusi paling tinggi masa kini. Ia adalah sensor yang sama dengan telefon akan datang Realme, yang dikatakan akan menjadi “Premium Killer“.



Working on the new premium killer! Introducing world's first smartphone camera with 64MP GW1 largest 1/1.72” sensor and mega 1.6µm pixel with amazing clear shots in low light too. RT if you want to see more “knockout” shots. #DareToLeap pic.twitter.com/D54xNFdaVm

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) June 24, 2019

Sensor 64MP yang baru ini memiliki saiz yang agak besar, berukuran 1/1.72″ dengan saiz piksel 0.8-mikron. Dalam suasana malap, ia memiliki teknologi penggabungan piksel Tetracell, di mana ia menggabungkan piksel berhampiran menjadi satu piksel besar 1.6-mikron. Hasilnya, sensor ini boleh menangkap gambar malap 16MP dengan lebih cerah atau 64MP dalam suasana cerah dengan ketelitian gambar yang tinggi.

Buat masa ini, tiada maklumat lain berkenaan telefon ini. Mungkinkah ia adalah Redmi Note 8?



Tahun lepas, Xiaomi melancarkan dua model Redmi Note. Redmi Note 5 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan April manakala Redmi Note 6 Pro pula tiba pada bulan Oktober. Jika mengikut kitaran 6 bulan ini, tidak mustahil Redmi Note 8 akan muncul tidak lama lagi.

Sumber: weibo, Ice Universe

Tags: 64MPRedmixiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Telefon baru Redmi akan datang dengan kamera 64MP

Telefon baru Redmi akan datang dengan kamera 64MP

22 July 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN