fbpx

APP Galeri Foto Daripada Google Ini Sempurna Untuk Saya Dan Pastinya Untuk Anda Juga

Saya tak gemarkan gunakan APP galeri foto stock yang hadir bersama telefon sebab terlalu sarat dengan fungsi. Ada AI-lah, susun mengikut lokasilah, dan banyak lagi. Saya cuma perlukan APP ringkas yang berfungsi sebagai galeri semata-mata. Dulu saya sukakan QuikPic, tapi disebabkan pembangunnya, Cheetah Mobile, terpalit dengan skandal kerahsiaan saya masih belum bertemu penggantinya sehinggalah hari ini.

Gallery Go adalah APP Google yang sangat ringat. Sejurus memasangnya, ia hanya gunakan sekitar 32MP storan berbanding 90.97MB yang digunakan Google Photo, itu belu masih lagi Cache yang akan menelan lebih banyak ruang storan.

Mengapakah Gallery Go tidak akan menggunakan storan yang luas? Ia adalah APP luar talian yang sepenuhnya. Kalau Google Photo, apabila kita melancarkannya, dia akan memuat turun cache secara online untuk memaparkan gambar yang telah anda muat naik ke akaun Google Photo anda.

Gallery GO juga hadir dengan fungsi menyunting ringkas seperti rotate, crop, dan menampal filter pada gambar. Tapi sudah tentu anda akan gunakan Snapseed untuk menyunting gambar.

Saya amat sarankan APP ini untuk kegunaan anda dan anda boleh muat turunnya di sini.

BACA  PROMO: Celcom tawar iPhone 11 dan banyak telefon lain berharga RM11 selama 11 hari