• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MyCar sambut Bulan Kemerdekaan dengan diskaun dan pertandingan

  • OLEH Najib
  • 8:28 pm
  • 05/08/2019
  • Komen
MyCar sambut Bulan Kemerdekaan dengan diskaun dan pertandingan
Share on FacebookShare on Twitter

Grab memang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing di Malaysia. Tetapi selain Grab, masih ada banyak penyedia perkhidmatan e-hailing. Salah satu darinya ialah MyCar.

MyCar kini telah merekodkan lebih 80,000 rakan pemandu dan 2 juta pelanggan yang telah berdaftar sebagai pengguna, selepas setahun beroperasi. Operasi MyCar meliputi bandar utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.



Bulan ini, bagi memeriahkan lagi kempen Hari Merdeka, MyCar menawarkan potongan RM2 untuk tambang penumpang, menggunakan kod promosi MYCARMERDEKA. Setiap pengguna boleh menggunakannya sebanyak 2 kali, dari 15 hingga 31 Ogos 2019 sahaja.

Seiring dengan kempen kemerdekaan bulan ini, MyCar juga mengadakan pertandingan “Tag & Menang” di Facebook dan Instagram. Pengguna MyCar hanya perlu memuatnaik gambar atau video yang berkaitan dengan MyCar dan tag #MyCarMerdekaContest. Hadiah berupa kod promosi bernilai RM50 disediakan dan pemenang akan diumumkan di Facebook MyCar dan Instagram MyCar.



Aplikasi Mycar untuk penumpang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Tags: MerdekaMyCar
Najib

Najib

POPULAR

MyCar sambut Bulan Kemerdekaan dengan diskaun dan pertandingan

MyCar sambut Bulan Kemerdekaan dengan diskaun dan pertandingan

5 August 2019
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN