• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah Realme 5 akan dilengkapi kamera 64MP?

  • OLEH Najib
  • 1:22 pm
  • 07/08/2019
  • Komen
Adakah Realme 5 akan dilengkapi kamera 64MP?
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Realme, Madhav Sheth baru-baru ini memuat naik kicauan berkenaan kehebatan kamera 64MP di peranti Realme yang akan datang. Realme telah dijadualkan akan memperkenalkan kamera 64MP bersama empat kamera belakang di satu acara pada 8 Ogos 2019.

Just got hands on the world's first 64MP quad camera device that will be revealed this Thursday. Check how crazy the clarity is! Btw we don't believe in hype so this device will be the most practical choice at its price and it will be launched very soon. #StayTuned pic.twitter.com/4rM371St86

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) August 6, 2019

Madhav membandingkan kamera 64MP mereka dengan kamera 48MP pesaing mereka, Redmi K20 Pro. Kedua-dua kamera ini mengambil gambar sehelai kertas ujian garisan.



This is a standard resolution test chart for cameras. You can see in both side areas and centre part realme is showing much clearer details while the other model lost clarity at a certain level. pic.twitter.com/Sf85AaMeu7

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) August 6, 2019

Hasil gambar kamera 64MP menunjukkan dengan jelas garisan yang terpisah, menunjukkan ketinggian resolusinya. Manakala kamera 48MP Redmi K20 Pro tidak dapat memisahkan garisan tersebut, memberi hasil gambar satu garisan besar.

Selain membandingkan hasil tangkapan gambar, Madhav juga seperti memberi petunjuk melalui nama twitternya yang ditukar: Madhav ‘5’Quad. Ia mungkin mahu memberi sebutan squad.



Tetapi dari sudut lain, ia kelihatan seperti menyebut 5 quad. Quad pastinya merujuk kepada empat kamera belakang, tetapi 5 itu masih misteri.

Adakah ia menyatakan model terbaru telefon tersebut ada nombor 5, iaitu Realme 5? Tidak mustahil nombor 4 dilangkau kerana ia seperti tidak membawa tuah dalam masyarakat Cina.

Lebih banyak kepastian akan terbongkar esok. Kita tunggu dan lihat.

Tags: 64MPRealmeRealme 5
Najib

Najib

POPULAR

Adakah Realme 5 akan dilengkapi kamera 64MP?

Adakah Realme 5 akan dilengkapi kamera 64MP?

7 August 2019
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN