fbpx

Xperia 1 ditemui di SIRIM. Sony Mobile mahu kembali ke Malaysia?

Awal tahun ini, kita mengetahui bahawa Sony Mobile telah keluar dari pasaran Malaysia. Malah, mereka tidak lagi boleh ditemui di pasaran Asia Tenggara. Model-model telefon pintar baru selepas Xperia XZ2 hanya boleh didapati melalui set import.

Tetapi Sony Mobile mungkin mahu membuat kemunculan semula di Malaysia. Ini kerana model terbaru Xperia 1, telah dikesan tersenarai di SIRIM. Bermakna, ia telah boleh mula digunakan dan boleh dijual di Malaysia.

Nombor model J9110 telah diluluskan pada 8 Ogos oleh SIRIM, merupakan model untuk Xperia 1. Ia adalah peranti dwi-sim dan menyokong perlbagai jalur LTE serta NFC. Kali terakhir telefon pintar Sony terdapat di SIRIM ialah Xperia XZ2 pada Julai 2018.

Mengimbas kembali, Xperia 1 ialah telefon pintar flagship yang dilancarkan semasa pameran MWC 2019 pada bulan Februari lepas. Ia memiliki skrin yang sangat tinggi, berukuran 6.5-inci 21:9 dari jenis OLED dan resolusi 4K.

Kuasa penggeraknya menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 855, bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Baterinya hanya 3,300mAh dan ia menyokong pengecasan pantas USB-PD.

Ini juga ialah telefon pertama Sony dengan 3 kamera belakang. Ia menggabungkan kamera utama 12MP F1.6, kamera telefoto 12MP F2.4 dan kamera ultra lebar 12MP F2.4. Kamera depan pula 8MP F2.0.

Jek audio 3.5mm telah dibuang dari telefon ini dan tiada sokongan pengecasan wayarles. Tetpi Xperia 1 masih kalis air IP68 dan memiliki speaker stereo.

Jika anda tidak mahu menunggu, set import Xperia 1 boleh dibeli sekarang dari penjual Miyamondo pada harga RM3,790.

Sumber: SoyaCincau

BACA  Lazada beri pampasan jika tempahan lambat sampai dari tarikh yang ditetapkan