fbpx

Tempahan Galaxy Note 10: Ini Tawaran Daripada Digi

Sekiranya anda bercadang miliki sebuah Galaxy Note 10 tanpa sebarang bayaran pendahuluan, Digi ada tawarkannya melalui Digi PhoneFredom 365. Berikut adalah rumusan daripada tawaran Digi untuk flagship terbaru Samsung. Semuanya mengikat anda dalam kontrak selama 24 bulan.

Tempahan Galaxy Note 10 kini dibuka dan ditawarkan daripada telco utama negara bermula sekrang hingga 18 Ogos 2019 ini.

Samsung Galaxy Note 10

Kos pemilikan paling murah daripada Digi adalah berharga RM229 per bulan. Daripada jumlah itu, RM139 adalah untuk ansurans telefon, RM80 untuk langganan Digi Postpaid 80 dan R10 terakhir untuk langganan GBoost.

Tawaran dengan komitmen bulanan terendah

Bersama-sama telefon itu, anda dapat kuota Internet 30GB, Innternet roll-over sehingga 2GB dan kuota YouTube 100GB. Tiada kuota roaming diberikan bersama-sama pakej ini.

Jika anda perlukan kuota Internet yang banyak, anda boleh dapatkan sehingga 200GB data bersama-sama kuota roaming sebanyak 5GB dan roll-over data sehingga 5GB.

Tawaran dengan kuota Internet tertinggi

Untuk data yang superbanyak ini, anda diikat pada komitment bulanan sebanyak RM269 per bulan. Pecahannya adalah seperti berikut:

  • RM79 untuk telefon
  • RM190 untuk langganan Digi Postpaid 190

Ada dua lagi tawaran yang berada antara komitment bulanan terendah dengan kuota Internet tertinggi. Kedua-duanya boleh dirujuk dalam gambar di bawah.

Samsung Galaxy Note 10+

Untuk Note 10+, ia tidak ditawarkan dalam konfigurasi 256GB seperti Note 10 biasa kerana semuanya terima “naik taraf” percuma ke varian yang lebih tinggi. Untuk komitment bulanan serendah RM269 per bulan, anda akan dapat pelan Digi Postpaid 120 dengan kuota Internet bulanan 80GB.

Untuk tawaran dengan kuota Internet tertinggi, anda boleh ambil yang miliki komitment bulanan RM289 per bulan dan anda akan terima pelan DIgi Postpaid 190 dengan kuota Internet 200GB.

BACA  Samsung Umum Exynos 9825 Untuk Perkasakan Note 10

Di antara pelan termurah dan termahal itu ada satu tawarakn pada komitment bulanan RM279 per bulan. Menerima pelan DIgi Postpaid 160, anda terima kuota bulanan 140GB.

RM0 Bayaran Pendahuluan?

Hanya pembayaran menggunakan kredit kad sahaja melayakkan anda untuk nikmati sifar bayaran pendahuluan. Jika tak, anda perlu bayar RM1,788 yang akan direbat sebanyak RM149 setiap bulan selama 12 bulan.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.