• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 5 akan dilancarkan pada 20 Ogos

  • OLEH Najib
  • 9:08 pm
  • 14/08/2019
  • Komen
Realme 5 akan dilancarkan pada 20 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin yang mengatakan Realme akan melangkau nombor 4 nampaknya benar. Ini kerana mereka telah mengesahkan akan melancarkan siri Realme 5 pada 20 Ogos 2019, lima bulan selepas Realme 3 dilancarkan.

Biasanya nombor 4 dikatakan kurang ong dan dikaitkan dengan masyarakat Cina. Agak pelik kerana Realme merupakan jenama yang memberi fokus utama di pasaran India. Realme 3 sebelum ini telah dilancarkan pertama kalinya pada bulan Mac lepas di India. Realme 5 ini juga akan diperkenalkan terlebih dahulu di India.



Introducing #realme5Pro, India’s first 48MP Quad Camera smartphone in its segment! Witness the launch of the #QuadCameraSpeedster at 12:30 PM, 20th August. #JoinTheReal5quad
One more product on the way.
Know more: https://t.co/IczXkhy4lB pic.twitter.com/VcwdcG7zWU

— realme (@realmeIndia) August 13, 2019

Cuma agak mengecewakan, Realme 5 yang akan tiba dalam dua model, satu lagi versi Pro, tidak akan menggunakan kamera 64MP yang dihebohkan mereka sebelum ini. Sebaliknya Realme 5 Pro akan menggunakan kamera 48MP Sony IMX586, sebahagian dari gabungan 4 kamera belakang padanya.

Kamera lain yang akan digunakan di Realme 5 Pro ialah kamera ultra lebar, kamera super makro dan kamera potret. Kamera potret ini bermakna, ia adalah kamera pengesan kedalaman untuk menghasilkan kesan bokeh. Jadi, tiada kamera telefoto padanya.



Antara maklumat lain yang telah dikongsikan oleh Realme berkenaan Realme 5 Pro ini ialah ia akan dikuasakan pemproses kelas pertengahan terbaik dari Qualcomm. Ini mungkin merujuk kepada cip Snapdragon 730, atau lebih balik lagi Snapdragon 730G.

Selain itu, Realme 5 Pro juga dilengkapi pengecasan pantas VOOC 3.0 yang sama dengan Realme 3 Pro. Persoalannya, adakah ia masih menggunakan port mikroUSB atau beralih ke USB-C? Kami percaya, ia masih kekal dengan mikroUSB untuk mengurangkan kos.

Ketibaan Realme 5 ini dilihat terlalu cepat kerana jaraknya dengan Realme 3 hanyalah lima bulan. Tidak pasti kenapa Realme mengambil langkah sebegini memandangkan Realme 3 Pro merupakan salah satu telefon pintar terbaik di bawah RM1,000. Mungkin juga mereka mahu memberi saingan kepada Mi 9T yang sangat popular kebelakangan ini.

Kita akan mendengar lebih banyak perkara tentang Realme 5 dengan lebih tepat semasa pelancarannya pada 20 Ogos nanti.

Sumber: GSMarena

Tags: RealmeRealme 5
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Realme 5 akan dilancarkan pada 20 Ogos

Realme 5 akan dilancarkan pada 20 Ogos

14 August 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN