fbpx

Anda boleh beli Mi 9T Pro di Malaysia sekarang

Mi 9T Pro dengan kuasa Snapdragon 855 telah dilancarkan di Eropah awal minggu ini. Kini, ia boleh mula dibeli di Malaysia apabila set importnya telah tiba di beberapa kedai. Salah satu darinya ialah Mobile 2 Go.

Mobile 2 Go menawarkan set import Mi 9T Pro dengan jaminan dari kedai mereka sendiri selama 2 tahun. Terdapat dua versi yang dijual, kedua-duanya datang dengan RAM 6GB tetapi storan berbeza, 64GB dan 128GB.

Bagi storan 64GB, ia hanya terdapat dalam warna merah dan dijual pada harga RM1,598. Manakala storan 128GB boleh dibeli dalam warna biru, merah dan hitam. pada harga RM1,798.

Bagi yang belum kenal, Mi 9T Pro memiliki skrin AMOLED HD Penuh+ berukuran 6.39-inci. Kuasa pemprosesnya digerakkan oleh cip Snapdragon 855, bersama RAM 6GB. Kamera hadapnnya tersembunyi dalam modul pop-up, menggunakan sensor 20MP. Kamera belakang pula ada tiga, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP.

Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 27W, tetapi di dalam kotak disertakan pengecas 18W. Mi 9T Pro masih memiliki jek audio 3.5mm tetapi tiada slot kad mikroSD.

Jika berminat untuk membelinya sekarang, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Mobile 2 Go berhampiran, atau layari stor online mereka. Jika anda menantikan set yang dijamin oleh Xiaomi Malaysia, ia boleh dibeli dari Stor Xiaomi Global di Shopee bermula 27 Ogos 2019.

Sumber: Mobile 2 Go

BACA  AirAsia Bakal Tutup Semua Pusat Panggilan Sebelum 2020