• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi AIR beri bantuan sokongan kepada gangguan sistem KLIA

  • OLEH Najib
  • 10:28 am
  • 26/08/2019
  • Komen
Unifi AIR beri bantuan sokongan kepada gangguan sistem KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sistem. Ia menyebabkan beberapa perkhidmatan utama tidak dapat beroperasi seperti pendaftaran masuk, pagar perlepasan, penghantaran bagasi dan sambungan WiFi.

Menurut Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) yang menguruskan KLIA, masalah rangkaian telah dikenalpasti sebagai punca gangguan berlaku. Baikpulih telah dilakukan dan kini ia telah kembali stabil.



Pagi ini, Telekom Malaysia (TM) telah berkongsi ciapan memaklumkan #khabarbaik di mana TM telah memberi bantuan sokongan kepada KLIA. TM telah memasang beberapa unit Unifi AIR di lokasi utama di KLIA.

We do hope that this will more or less help #MYairportsupdates

Let's bring a little #khabarbaik to all, big or small, in any way possible. Stand with the personnel, Stand with MAHB, stand with Malaysia in times of need 💪 pic.twitter.com/tpHnrObAB9

— Yunni (@unifi) August 26, 2019

Unifi AIR merupakan perkhidmatan internet yang menggunakan rangkaian 4G LTE TM yang mudah dipasang. Hanya hidupkan modem Unifi AIR dan pengguna sedia bersambung padanya dan menggunakan internet. Sehingga 64 peranti boleh bersambung ke Unifi AIR dalam masa yang sama.



Bantuan sokongan Unifi AIR ini disediakan untuk penggunaan petugas KLIA serta memberikan sambungan internet kepada penumpang dan pengunjung KLIA.

Walaupun sistem di KLIA telah beransur pulih, penumpang penerbangan di KLIA dinasihatkan untuk membuat daftar masuk secara online, menerusi aplikasi atau laman web penerbangan. Penumpang juga digalakkan untuk datang 4 jam lebih awal.

Orang ramai boleh menghubungi khidmat bantuan CARE Ambassador di talian 03 8776 2000 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan. Dapatkan juga berita terkini menerusi Facebook Malaysia Airports dan twitter @MY_Airports.

Sumber: Unifi, TheStar

Tags: TMUnifiUnifi AIR
Najib

Najib

POPULAR

Unifi AIR beri bantuan sokongan kepada gangguan sistem KLIA

Unifi AIR beri bantuan sokongan kepada gangguan sistem KLIA

26 August 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN