• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei mula muat naik petunjuk berkaitan Mate 30

  • OLEH Najib
  • 5:32 pm
  • 13/09/2019
  • Komen
Huawei mula muat naik petunjuk berkaitan Mate 30
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengesahkan bahawa peranti terbaru mereka, siri Mate 30 akan dilancarkan pada 19 September 2019 di Munich, Jerman. Menerusi laman media sosial twitter, Huawei telah memuat naik video berkaitan Mate 30. Ia mungkin petunjuk kepada kamera pada telefon tersebut.

It's time to see things differently 👀. Join us live at the #HuaweiMate30 Series launch in Munich on 19.09.2019.
Who's excited? 🙌https://t.co/9ugi5gXKAS#RethinkPossibilities pic.twitter.com/8QVlskKxP9

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) September 12, 2019

Dalam video pertama, ia menunjukkan seorang pemanah yang melepaskan anakpanah dari jarak jauh menuju sebuah bulatan. Anak panah tersebut seperti terhenti apabila sampai di bulatan tersebut, dan ia diakhiri dengan perkataan: “See Time Differently” atau lihat masa secara berbeza.



Dari video ini, kita boleh terjemahkan bahawa Mate 30 nanti akan datang dengan keupayaan zum yang jauh, seperti anak panah tersebut. Ia juga akan datang dengan keupayaan gerak perlahan atau slo-mo. Buat masa ini, rakaman video gerak perlahan paling perlahan ialah 960fps. Adakah Mate 30 akan memecah rekod ini?

Experience a new era of power through touch.
Watch live as we reveal the new #HuaweiMate30 Series in Munich on 19.09.2019 https://t.co/9ugi5gG9ci#RethinkPossibilities pic.twitter.com/vFUbzXHvGC

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) September 13, 2019

Video kedua pula menunjukkan seekor sesumpah masuk ke dalam bulatan dan diakhiri dengan perkataan “Power Through Speed.”, atau kuasa menerusi kelajuan. Yang ini agak sukar untuk kami terjemahkan apa yang cuba disampaikan.



Tetapi dari kedua-dua video ini, kita boleh lihat betapa pentingnya bulatan. Perkara ini selaras dengan gambar Mate 30 yang terbocor sebelum ini yang menunjukkan modul kamera belakang Mate 30 akan menggunakan bulatan, bukan lagi petak seperti di Mate 20. Mungkin Huawei cuba membezakan diri mereka dari modul kamera petak yang popular tahun ini kerana digunakan oleh iPhone 11 dan Pixel 4.

Gambaran terbocor Mate 30

Lain-lain perkara yang dikhabarkan akan ada di Mate 30 adalah seperti kamera utama 40MP dengan sensor sebesar 11.5-inci dan dwi apertur F1.4-F1.6. Kamera ultra lebar juga 40MP menggunakan sensor 1/1.7-inci. Kamera ketiga pula ialah telefoto 8MP denga keupayaan zum optikal 5x, seperti di P30 Pro.

Perkara yang lebih pasti, adalah penggunaan pemproses baru Kirin 990 buat pertama kali di peranti Huawei. Ia akan dirasmikan oleh Mate 30.

Cuma yang menimbulkan kekhuatiran, ialah penggunaan sistem operasi Android. Huawei Mate 30 dilaporkan masih belum menerima lesen dari Google. Android masih boleh digunakan, tetapi servis Google mungkin tidak boleh digunakan seperti YouTube, Maps, Search dan lain-lain.

Masih belum diketahui apakah yang akan Huawei lakukan jika Mate 30 tidak boleh menggunakan servis Google. Kita hanya boleh doakan yang terbaik, moga hati Trump terbuka untuk membenarkan Huawei kembali berniaga seperti biasa di Amerika Syarikat.

Tags: HuaweiMate 30
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Huawei mula muat naik petunjuk berkaitan Mate 30

Huawei mula muat naik petunjuk berkaitan Mate 30

13 September 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER