• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax XP Lite pelan pascabayar boleh ubahsuai dari serendah RM28

  • OLEH Najib
  • 3:22 pm
  • 20/09/2019
  • Komen
Xpax XP Lite pelan pascabayar boleh ubahsuai dari serendah RM28
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom Xpax baru-baru ini memperkenalkan pelan pascabayar yang amat mampu milik. Dikenali sebagai XP Lite, ia boleh dilanggan dari serendah RM28/bulan. Pengguna juga memiliki kebebasan untuk menambah kuota internet jika kuota sedia ada tidak mencukupi.

Pelan Celcom Xpax XP Lite berkadar RM28/bulan, memberikan pengguna 1GB internet serta panggilan tanpa had ke semua talian. Jika perlukan lebih banyak, pengguna boleh ‘SIZE UP’ dengan 7GB data pada kadar RM10/bulan (M Pass), dalam pecahan 4GB data dan 3GB Video Walla. Atau dengan (L Pass) RM38/bulan dan menerima 14GB data, berupa 11GB data dan 3GB Video Walla.



Selain pelan di atas, pengguna juga boleh melanggan internet tanpa had melalui Ultra Hour Pass dari RM1 menerusi aplikasi Celcom Life.

Celcom juga akan memberi ganjaran kepada pengguna setia yang menggunakan XP Lite selama 6 bulan berturut-turut bersama M Pass atau L Pass, berupa tambahan 1 jam internet tanpa had setiap hari melalui Ultra Hour Pass atau juga 1GB Video Walla. Ia akan diberikan pada bulan ke-7 dan seterusnya.



Pelanggan XP Lite dengan L Pass, turut berpeluang mendapatkan telefon pintar baru dengan harga istimewa. Ia ditawarkan dari serendah RM99 dengan model disediakan seperti Oppo A5, Vivo Y17, Vivo Y19C dan Nubia Red Magic 3.

Pelan Celcom Xpax XP Lite boleh mula dilanggan sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xpax Postpaid.

Tags: celcomXP Litexpax
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Xpax XP Lite pelan pascabayar boleh ubahsuai dari serendah RM28

Xpax XP Lite pelan pascabayar boleh ubahsuai dari serendah RM28

20 September 2019
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN