fbpx

Perbandingan Kamera: Huawei Mate 30 Pro vs. Huawei Mate 20 Pro

Mate 30 Pro telah diumumkan di Munich baru-baru ini. Menariknya, ia adalah telefon pertama Huawei yang diumumkan tanpa Google Mobile Sevices (GMS). Sekiranya ia dijual di Malaysia kelak, besar kemungkinan anda perlu memasang GMS secara manual kerana Huawei tidak boleh menjual telefon dengan GMS sedia terpasang.

Walau apapun, kami sudah lakukan pandu uji ringkas di Munich tempoh hari dan mencuba prestasi kameranya untuk mengambil gambar. Ada beberapa penambahbaikan yang dilakukan Huawei pada telefon ini berbanding Mate 20 Pro.

Huawei Mate 30 Pro Huawei Mate 20 Pro
40MP F1.8
40MP F1.6 (ultralebar)
8MP F2.4 (telefoto)
32MP F2.0 (selfie)
40MP F1.8
20MP F2.2 (ultralebar)
8MP F2.4 (telefoto)
24MP F2.0 (selfie)

Daripada spesfikasi ringkas kamera kedua-dua flagship siri Mate ini, anda boleh lihat yang Huawei masih kekalkan komponen kamera utama dan telefoto mereka. Kedua-duanya diperkasa sensor 40MP dan 8MP.

Yang berubah adalah kamera ultralebar yang kini ada megapiksel setinggi kamera utama. Pada 40MP, ia adalah kamera ultralebar beresolusi paling tinggi dalam telefon pintar setakat ini.

Bahagian selfie juga ditambah baik dengan penggunaan sensor yang lebih berkuasa, 32MP berbanding 24MP F2.0

Berikut adalah beberapa hasil gambar yang sempat kami snap untuk bandingkan gambar kedua-dua telefon itu.

Normal

Untuk gambar siang, Mate 20 Pro ada profil warna lebih suam berbanding Mate 30 Pro. Saya juga perasan terdapat kesan bokeh diletakkan oleh kamare Mate 20 Pro pada gambar pertama sedangkan subjek tidak berada hampir dengan kamera.

Gambar di dalam restoren, ada sedikit overprocessing pada Mate 30 Pro yang jadikan gambar terlalu tajam dan jadikannya sedikit fake. Tona warna dan ketajama hasil kamera Mate 20 Pro lebih baik dalam gambar di bawah.

Julat Kedinamikan

Saya dapati yang Mate 30 Pro lebih cekap untuk menangkap maklumat dalam bebayang. Tapi hasil warna Mate 20 Pro lebih pekat dan suam.

Makro

Kedua-dua gambar ini diambil pada jarak minimum fokus. Seperti gambar mesin rokok layan diri tadi, julat dinamik Mate 30 Pro lebih baik. Cuba lihat pada warna biru pelapik cawan ini, anda dapat lihat butiran serat padanya.

Zoom

Mate 30 Pro masih kekalkan julat mengezum sama seperti Mate 20 Pro. Anda beroleh zum optikal 0.6×, 1×, dan 3×. Kemudian ada beroleh 5× yang dikatakan Huawei sebagai hibrid, dan 30× sebagai digital sepenuhnya.

BACA  Perbandingan Kamera: Mate 30 Pro, iPhone 11, iPhone 11 Pro Max, & Galaxy Note 10+

Sewaktu P20 Pro dilancarkan dulu, ramai yang mengadu, termasuklah saya, tentang post-processing yang melampau pada gambar. Pada Mate 30 Pro, perkara sama pasti berulang. Cuba lihat pada langit yang terlalu biru yang nampak sangat fake.

Ia tekal untuk semua julat zoom.

0.6×

30×

Untuk zoom paling jauh, Mate 30 Pro seperti ada butiran yang lebih banyak. Ia boleh dilihat pada permukaan dinding gereja ini.

Nightmode

Nightmode adalah faktor pelaris Huawei sejak dulu lagi. Saya pelik, kenapa masih belum ada pengeluar yang mampu menandingi penawaran Huawei ini.

Kedua-dua gambar ini diambil tanpa tripod dan sangat mengagumkan ketajaman yang mampu dirakamnya. Seperti biasa, Mate 30 Pro ada julat dinamik yang lebih luas. Contohnya di gambar pertama, anda masih boleh lihat dedaun pada pokok walau dalam bebayang.

Seperti baisa, white balance Mate 20 Pro lebih kearah suam dan gambar lebih tumpul berbanding Mate 30 Pro.

Portret dengan backlight

Gambar ini diambil dengan kamera menghadap matahari untuk lihat julat dinamiknya. Mate 30 Pro lebih bak tapi tona warnanya lebih lebut. Bagusnya Mate 30 Pro adalah algoritma bokehnya nyata ditambah baik.

Ia memisahkan subjek daripada latar dengan baik sekali terutamanya pada bahagian sukar seperti rambut.