• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro Hero 8 Black Tambah Baik HyperSmooth Yang Sudah Sedia Baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 02/10/2019
  • Komen
GoPro Hero 8 Black Tambah Baik HyperSmooth Yang Sudah Sedia Baik
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda merancang nak dapatkan kamera aksi terkenal GoPro Hero 7, anda mungkin ingin tunda rancangan itu sebab pengeluarnya sudahpun melancarkan kemas kini untuk barisan produk mereka. Yang bakal mencuri tumpuan sudah tentu Hero 8 Black yang nyata ditambah baik berbanding sebelumnya.

Beza paling nyata adalah pada fizikalnya. Tiada lagi perumah khas untuk berikan perlindungan dan mount kepada kamera sebaliknya mount pada Hero 8 hadir dalam bentuk boleh lipat. Rekaan ini menjadikan kamera 14% lebih ringan.



Perumah konvesional sebelum ini telah digantikan dengan mods yang sangat berguna.

Hero8 Black Mods ada tiga komponen dan mereka ialah:



  • Media Mod dilengkapi mikrofon shotgun dan dua cold shoe untuk aksesori lain. Ia juga ada port HDMI, jek audio 3.5mm serta HDMI out.
  • Display Mod boleh disambung pada coldshoe Media Mod dan anda akan terima paparan menghadap anda
  • Light Mod adalah aksesori lampu kalis air sehingga 10 meter

Harga yang diletakkan untuk Mod ini agak mahal. Media dan Display Mod masing-masing dijual pada harga USD80 (RM335) manaklaa untuk lampu saja harganya USD50 (RM209).

Selain fizikaliti, ciri kamera juga berubah. Ia kini tampil dengan Hypersmooth 2.0 dan Timewarp 2.0. Menurut sejumlah reviu yang telah dimuat naik di Internet, ia sepatutnya ada kesan penstabilan yang lebih baik, lebih-lebih lagi apabila mode Boost diaktifkan bersama Hypersmooth 2.0.

Resolusi rakaman untuk Hero 8 Black tak banyak berubah daripada sebelumnya. Ia boleh pergi sehingga 4K@60 ataupun 1080@240. Bezanya adalah kali ini bit rate rakaman video dipertingkat kepada 100 Mbps dan Hypersmooth boleh beroperasi dalam semua resolusi tak kira kadar bingkai.

Tiada perubahan dilaporkan pada sistem pemprosesnya. Ia masih gunakan cip GP1, cip yang telah digunakan sejak Hero 6.

Tempahan Hero 8 Black untuk pasaran Malaysia akan bermula 10 Oktober hingga 20 Oktober ini pada harga RM 1,879 di kedai konsep GoPro seperti berikut:

  • GoPro Concept Store, Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
  • GoPro Concept Store, Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  • GoPro Concept Store, Gurney Plaza, Penang
  • GoPro Concept Store, The Mall, Midvalley Southkey, Johor Bahru

Sumber: GoPro

Tags: GoProgopro herogopro hero 8 black
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

GoPro Hero 8 Black Tambah Baik HyperSmooth Yang Sudah Sedia Baik

GoPro Hero 8 Black Tambah Baik HyperSmooth Yang Sudah Sedia Baik

2 October 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN