• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Nex 3 akan tampil sebagai telefon 5G pertama dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:45 pm
  • 08/10/2019
  • Komen
Vivo Nex 3 akan tampil sebagai telefon 5G pertama dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia nampaknya bekerja keras di bulan Oktober. Selepas melancarkan Vivo V17 Pro dengan 6 kamera awal bulan ini, mereka akan sekali lagi melancarkan telefon pintar baru pada pertengahan bulan ini. Ia dikatakan adalah telefon yang menyokong rangkaian 5G pertama akan dilancarkan di Malaysia.

Telefon pintar tersebut ialah Vivo NEX 3 5G. Ia adalah model ketiga dalam keluarga NEX, selepas NEX dilancarkan pada Jun 2018 dan NEX Dual Display yang tiba pada Disember 2018. Sama seperti sebelumnya, NEX 3 menampilkan beberapa ciri-ciri serba baru yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.



Pelancaran Vivo NEX 3 di Malaysia jatuh pada hari Khamis, 17 oktober 2019. Dalam jemputan yang dihantar, Vivo Malaysia memaklumkan NEX 3 tersebut akan datang dengan fungsi 5G serta beberapa inovasi baru di telefon pintar flagship.

NEX 3 menampilkan skrin ‘air terjun’ yang melengkung di kedua-dua sisi hingga hampir ke belakang, dengan nisbah skrin ke badan setinggi 99.6%. Ia menggunakan skrin Super AMOLED berukuran 6.89-inci, tanpa takuk dan lubang.



Telefon ini juga tiada butang fizikal padanya. Ia dilengkapi butang sentuhan Touch Sense dengan getaran untuk memberikan rasa butang fizikal. Pengimbas capjari juga tidak kelihatan kerana ia dipasang ke dalam skrin.

Bagi memberi prestasi tertinggi, NEX 3 menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 Plus, RAM sehingga 12GB dan storan UFS 3.0 sehingga 256GB. Bateri di dalamnya sebesar 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Super FlashCharge 44W, mengambil masa hanya 67 minit untuk mengecas penuh.

Tarikan lain pada NEX 3 ialah sistem tiga kamera belakangnya yang dipanggil Lunar Ring Camera System. Ia menggabungkan kamera utama 64MP F2.0 dari sensor Samsung GW1 seperti di Redmi Note 8 Pro, kamera ultra-lebar 13MP F2.0 dan kamera telefoto 13MP F2.4.

Tetapi kamera yang lebih menarik ialah kamera depannya. Ia menggunakan sensor 16MP yang berpasangan dengan LED Flash dan dipasang pada modul pop boleh sembunyi. Modul pop up ini mengambil masa hanya 0.65 saat untuk keluar, lebih pantas dari sistem pop up mereka sebelum ini.

Untuk perbandingan harga, NEX 3 5G telah dijual di China pada harga RMB5,698 (~RM3,343) dengan RAM 8GB dan storan 256GB, serta RMB6,198 (~RM3,636) bersama RAM 12GB dan storan 256GB.

Tags: vivoVIVO NEX 3 5G
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Vivo Nex 3 akan tampil sebagai telefon 5G pertama dilancar di Malaysia

Vivo Nex 3 akan tampil sebagai telefon 5G pertama dilancar di Malaysia

8 October 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN