fbpx

ROG Phone II Diluar Bajet? Nubia Red Magic 3S Lebih Mesra Poket

Jika anda ternantikan telefon gaming dengan Snapdragon 855+ pada harga yang lebih ekonomi, anda boleh pertimbangkan Nubia Red Magic 3S. Hal in kerana, set Malaysia untuk telefon gaming terbaik Nubia itu akan tiba tak lama lagi.

Red Magic 3S dijual pada harga bermula RM2,299 untuk varian RAM 8GB dan storan 128GB manakala varian RAM 12GB dan storan 256GB berharga RM2,899. Dijangka mula dijual wal November 2019, anda sudah boleh mula tempahnya dengan deposit serendah RM200.

Untuk spesifikasi, Nubia Red Magic 3S adalah sebuah telefon sebesar 6.65″ beresolusi FHD+. Ia ada panel AMOLED dengan kadar segar semula setingga 90Hz. Seperti ROG Phone II, Red Magic ini dilengkapi speaker stereo untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Baterinya agak besar. Pada 5,000mAh, ia turut menyokong pengecasan pantas 18W sejurus keluar kotak. Lebih menaik, ada juga jek audio 3.5mm kalau-kalau anda nak bermain guna headfon kegemaran.

Di bahagian pengimejan, Red Magic 3S hadir dengan konfigurasi ekakamera 48MP manakala kamera selfienya diperkasa sensor 16MP.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan sebuah Red Magic 3S, anda boleh pergi ke pautan ini.

BACA  Adakah Galaxy S10 Lite akan muncul tidak lama lagi?